PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20101026

DUNIA 26.10.2010 : Muntahan Merapi tunggu masa

AKTIVITI seismik dan peningkatan lahar gunung berapi Merapi, di Yogyakarta yang meningkat mendadak menandakan letusan akan berlaku pada bila-bila masa.

Penduduk diarahkan pindah

YOGYAKARTA: Indonesia semalam meningkatkan amaran berjaga-jaga peringkat tertinggi bagi menghadapi kemungkinan gunung berapi Merapi meletus dan mengarahkan penduduk yang tinggal berhampiran untuk segera berpindah ke kawasan selamat.

Aktiviti seismik dilaporkan meningkat secara dramatik di kawasan gunung berapi terbabit yang meningkatkan pengeluaran lahar serta kira-kira 500 gempa akibat aktiviti terbabit direkodkan sepanjang hujung minggu lalu.
Pegawai yang memantau gunung berapi itu meningkatkan tahap berjaga-jaga ke merah pada 6 pagi semalam, memberi amaran kemungkinan letusan berlaku.

“Lahar sudah mula naik ke atas berikutan kuasa seismik yang semakin meningkat dan kira-kira satu kilometer di bawah kawah,” kata pakar gunung berapi, Surono.

Penduduk diarahkan untuk berpindah dari kawasan zon bahaya kira-kira 10 kilometer dari kawasan kawah gunung berapi setinggi 2,914 meter berkenaan.

Gunung itu terletak 26 kilometer ke selatan Yogyakarta adalah paling aktif daripada 69 gunung berapi yang mempunyai sejarah letusan di Indonesia.

Kali terakhir ia meletus adalah pada Jun 2006 yang mengakibatkan dua orang maut, tetapi kejadian letupan paling banyak meragut nyawa adalah pada 1930 apabila lebih 1,300 penduduk dilaporkan terbunuh.

Awan panas daripada letupan lain pada 1994 dilaporkan membunuh lebih 60 penduduk.

“Ia kini mempunyai lebih tenaga berbanding letusan sebelum 2006. Kami belum menemui petunjuk kuat bahawa ia akan meletup seperti yang berlaku pada 1930, tetapi ada kemungkinan ia akan berlaku,” kata Surono. – AFP

BH 26/10/2010

No comments: