PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20101011

1:4 penduduk Malaysia hadapi risiko kemurungan

Ramai pesakit gagal dikesan kerana disembunyikan keluarga

Nisbah satu daripada empat penduduk di negara ini dikatakan berisiko mendapat penyakit kemurungan tetapi gagal dikesan berikutan keluarga merahsiakannya kerana bimbang diskriminasi masyarakat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid, berkata syarikat insurans di Malaysia juga mendiskriminasi pesakit dengan tidak melindungi mereka dalam polisi insurans perubatan.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2003, penyakit mental terutama kemurungan dijangka menjadi penyakit kedua terbesar menjelang 2020.“Gangguan mental akan menjejaskan penghasilan produktiviti dan kualiti hidup individu.

“Di Amerika Syarikat (AS), Mental Health Insurance Parity Law sudah diluluskan dua tahun lalu dan menjadi mandatori kepada semua syarikat insurans untuk menawarkan perlindungan penyakit mental. “Justeru, kita berharap isu mental juga dibincangkan secara terbuka tanpa rasa takut, malu dan prejudis,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen Minda Big Walk 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datin Dr Ang Kim Teng dan Ahli Penasihat Kesihatan Mental yang juga Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.Seramai lebih 2,500 pelajar dari tujuh kolej sekitar ibu kota mengikuti acara yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kesihatan mental sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Sementara itu, Rosnah berkata, penganjuran acara yang sama turut berlangsung serentak di sembilan negeri yang bernaung di bawah MINDA seperti Perlis, Penang, Perak, Johor dan Miri, Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh rakyat mendalami ilmu kesihatan mental bagi membantu diri sendiri dan orang tersayang.

“Penyakit mental seperti penyakit kronik yang lain, cuma ia membabitkan gangguan atau ketidakseimbangan fungsi otak,” katanya.

“Jadi, kita tidak harus malu dan melayan pesakit dengan bermaruah seperti individu lain,” katanya.

BH11/10/10

No comments: