Di negara ini, bahasa Melayu bukan hanya untuk orang Melayu. Ini kerana apabila ia diangkat sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi milik seluruh rakyat Malaysia baik Bumiputera Sabah serta Sarawak, Cina dan India atau apa sahaja keturunan mereka.
Bagaimanapun, kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara hari ini seolah-olah tidak bermakna apabila generasi muda, khususnya bukan Melayu dilihat tidak berminat untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Bukan sekadar tidak fasih dengan nahu yang lintang-pukang, mereka turut mencampur aduk bahasa Inggeris bersamanya sehingga menjadi bahasa rojak yang tidak enak didengar.
Lebih malang, ada yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu.
Sekiranya dibiarkan, fenomena tersebut dikhuatiri merencatkan agenda penyatuan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment