PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20120515

Perpaduan milik siapa?

SIAPAKAH yang menjadi pemilik perpaduan negara ini? Adakah ia milik warga Malaysia yang sah dan berpegang kepada Perlembagaan, Rukunegara dan tatacara negara ini? Atau perpaduan ini bergantung kepada warga luar untuk menentukan pasang-surut ikatan hubungan interaksi antara anggotanya?

Sejak kebelakangan ini, banyak isu hubungan etnik menjadi persoalan yang turut disimpulkan dengan fahaman politik masing-masing. Ada yang memahami sejarah kehadiran hubungan yang rencam dan majmuk ini manakala ada pula yang mahu mendengar mengikut keselesaan masing-masing sehingga mengetepikan rentetan susur-galur sejarah hubungan etnik semata-mata untuk memastikan ia tidak mengancam kepercayaan politik mereka.

Tidak ketinggalan puak yang mahu menukar sejarah agar muncul sebuah negara dengan penginstitusian yang sejiwa dengan rasa hati mereka dan bukan majoriti kerana lebih berkecenderungan berpaksikan kepada fahaman politik idealisme dan bukan real politik.

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia.

No comments: