PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100920

Rakyat kena jelas idea 1Malaysia

Pemahaman menyeluruh pastikan proses transformasi benar-benar berjaya: PM

Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat mempunyai pandangan yang jelas dan menyeluruh terhadap gagasan 1Malaysia supaya mereka dapat turut serta menjayakan transformasi Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ini kerana dalam gagasan 1Malaysia beliau memutuskan untuk memastikan seluruh rakyat menjadi sebahagian daripada proses transformasi Malaysia besar-besaran.

Ia bagi memastikan pada akhir perjalanan proses itu, kita menjadi negara progresif, dinamik dan benar-benar berjaya pada abad ke-21 bernama Malaysia menerusi pembabitan seluruh rakyat, katanya pada majlis makan tengah hari Komuniti Malayali 1Malaysia anjuran Persatuan Malayali Malaysia Bersatu (AMMA) di sini, semalam. Hadir sama, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, Vijay K Gokhale dan Presiden AMMA, Tan Sri Ravindran Menon.

Najib berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menjayakan transformasi Malaysia seperti mewujudkan Rancangan Transformasi Kerajaan (GTP), Rancangan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

Namun katanya, semua rancangan hebat kerajaan itu akan menjadi sia-sia jika tiada idea yang menyeluruh diterima kerajaan daripada pelbagai komuniti di negara ini.

Perdana Menteri berkata, segala kekuatan, kemahiran, sumbangan, pengetahuan dan idea yang dimiliki setiap komuniti di negara ini perlu dikenal pasti serta diperkasa dalam semangat 1Malaysia bagi membolehkan negara mencapai proses berkenaan.
Saya mahu melihat Malaysia dan rakyatnya mempunyai hak serta tempat di negara ini bagi membolehkan segala kekuatan, kemampuan dan keupayaan rakyat dijana untuk menjayakan transformasi Malaysia, katanya.

Najib berkata, dalam melaksanakan transformasi Malaysia, kerajaan perlu memastikan setiap dasarnya bersifat menyeluruh, memberi manfaat dan keuntungan kepada seluruh rakyatnya.

Maka, kita memerlukan sistem yang adil. Kita perlu memastikan setiap rakyat menyedari bakat dan potensi mereka. Kita sebenarnya bersifat menyeluruh dan dalam konteks 1Malaysia, kita mampu mengangkatnya ke tahap lebih strategik, katanya

No comments: