PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100625

Pendidikan 2010 : Boleh tangguh yuran IPT

PUTRAJAYA 23 Jun – Pelajar baru universiti dan politeknik yang kurang berkemampuan boleh menangguhkan pembayaran yuran pengajian bagi sesi kemasukan yang bermula pada 3 dan 4 Julai ini.

Yuran pendaftaran kemasukan bagi universiti ialah antara RM1,600 hingga RM2,000 (ijazah) manakala politeknik pula RM400.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penangguhan pembayaran yuran itu boleh dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak universiti.

“Keperluan menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan ke universiti seperti yuran sekali termasuk wang hemat diri, yuran minggu haluan siswa dan kad matrik tidak harus menjadi halangan kepada pelajar meneruskan pengajian.

“Dalam hal ini, mereka terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan tidak perlu khuatir mengenai perkara tersebut.

“Jika mereka mempunyai kesulitan untuk membayar yuran berkenaan, perbincangan boleh dibuat dengan pihak universiti,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, dijangkakan seramai 200,000 pelajar baru bakal mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik di seluruh negara mulai awal bulan depan.

Daripada angka tersebut, katanya, sebanyak 403,660 pelajar bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, 36,900 pelajar di peringkat diploma manakala 28,311 pelajar bakal memasuki politeknik.

Beliau berkata, keputusan mengenai penangguhan bayaran itu boleh dibuat ketika pelajar berkenaan hadir untuk pendaftaran kemasukan.

Utusan 24/06/10

No comments: