PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090421

PNB tawar 3.33 bilion unit ASM

Pelabur boleh beli hari ini, ASW 2020 mulai 27 April

Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan 3.33 bilion unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) dan dua bilion unit Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020. Unit tambahan ASM itu akan dijual mulai hari ini di semua 1,500 ejen dan pejabat Amanah Saham Nasional Bhd di seluruh negara, manakala unit baru ASW 2020 boleh dilanggan mulai 27 April.

Merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di padang Plaza Angsana di sini, Perdana Menteri berkata, kedua-dua tawaran itu akan dikenakan had langganan maksimum 20,000 unit seorang supaya lebih ramai pelabur berpeluang melanggannya.

Pelaksanaan had pelaburan maksimum bagi ASM berkuat kuasa sepanjang tempoh tawaran sehingga 27 Julai depan tertakluk kepada unit yang masih ada untuk langganan, manakala ASW 2020 sehingga 6 Mei.

"Untuk golongan miskin tegar yang tidak mampu membuat pelaburan secara terus dalam dana itu, kerajaan memperuntukkan 100 juta unit ASW 2020 seperti yang diumumkan pada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)," katanya.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jemilah Ariffin; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata penawaran unit tambahan ASM dan ASW 2020 itu adalah ekoran sambutan memberangsangkan terhadap amanah saham dan bagi memenuhi permintaan masyarakat berbilang kaum serta selaras dengan konsep Satu Malaysia.

"Saya bangga kerana masyarakat bukan Bumiputera kini meletakkan keyakinan tinggi kepada PNB untuk menguruskan unit amanah mereka. Ini juga bukti kepercayaan dan sokongan kaum bukan Bumiputera terhadap PNB dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, PNB berjaya menggembleng dana lebih RM87 bilion yang dikumpul daripada lebih 9.3 juta pelabur, iaitu satu pencapaian cemerlang sejak pelancaran dana Amanah Saham Nasional (ASN) 28 tahun lalu yang ketika itu terdapat 840,000 pemegang akaun yang melabur dalam 540 juta unit amanah.

"Setakat ini jumlah pengagihan pendapatan yang dibayar melebihi RM65 bilion.

Saya kira pendapatan sebegini besar banyak membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat. Ini bermakna dana amanah PNB dapat mendidik masyarakat supaya lebih cekap dalam kewangan individu," katanya.

Perdana Menteri berkata, sebelum kemunculan ASN, rakyat khususnya Bumiputera begitu asing terhadap dunia pelaburan tetapi menerusi usaha agresif PNB dan program pendidikan pelaburannya yang semakin rancak dijalankan, industri itu kini sinonim dengan masyarakat. "Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan unit amanah PNB ini berjaya membina satu jenama tersendiri dalam industri unit amanah negara dengan meraih sokongan padu masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera," katanya.

Najib berkata, penguasaan PNB dalam hampir semua sektor strategik negara turut membuka dan menyediakan peluang pekerjaan dalam skala yang agak besar.

No comments: