PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090408

PKR kekal di Bukit Selambau

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang dengan majoriti 2,148 undi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau hari ini.
Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang mendapat 10,229 undi dan juga 13 calon Bebas.
Kemenangan beliau diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir malam ini.
Menurut Abdullah, 13 lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas hilang wang pertaruhan selepas mendapat undi tidak melebihi satu perempat daripada mereka yang keluar mengundi.
Mereka ialah R. Loganathan yang mendapat 31 undi manakala Tan Hock Huat (78), Radhi Md. Lazim (25), Mohd. Fadzil Abdul Wahab (83), Abdul Rahim Abu (60), L. Sarala (49), A. Jayagopal (35), S. Moganakumar (46), Khamis Awang (29), Husaini Yaacob (257), M. Vanesan (32), Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (528) dan T. Chandrarajan (73).
Terdapat sebanyak 415 undi rosak dan jumlah keluar mengundi ialah 70.28 peratus daripada 35,140 pengundi berdaftar.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon Bebas yang kemudiannya menyertai PKR, V. Arumugam menewaskan calon BN, S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lalu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kemenangan PKR dan Pas di Bukit Selambau dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang memberi mesej kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO dan BN perlu berusaha keras untuk memenangi hati rakyat.

No comments: