PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20081204

Sarawak : Tempah haiwan ibadah korban melalui Internet

Masyarakat Islam di negeri ini boleh menikmati kemudahan menempah haiwan ternakan sama ada lembu atau kambing untuk dijadikan ibadah korban secara dalam talian Internet.

Pengurus Besar PPES Ternak Sdn. Bhd., Masri Haili berkata, pihaknya telah menyediakan perkhidmatan tersebut bagi memudahkan umat Islam di Sarawak untuk menempah lembu atau kambing secara dalam talian menerusi e-mel ternak@tm.net.my.

Menurutnya, mereka boleh menghantar ke alamat itu dan mendaftar sebagai pembeli haiwan ternakan dari syarikat tersebut sebelum 5 Disember ini.

''Kita telah mengaplikasikan penggunaan laman web sebagai perkhidmatan kepada masyarakat Islam di negeri ini, setiap kali sambutan Aidiladha sejak tiga tahun lalu.

Masri berkata, sehingga kini sebanyak 500 ekor lembu dan kira-kira 200 ekor kambing telah ditempah untuk dijadikan haiwan korban pada Aidiladha 8 Disember ini.

Beliau berkata, pada tahun ini pihaknya menggunakan pendekatan menjual lembu mengikut harga seekor dan bukan mengikut berat kilogram.

Katanya, lembu dijual pada harga RM3,000 hingga RM5,000 seekor, manakala kambing pula dijual mengikut berat daging iaitu RM20 sekilogram.

''Kita tidak menghadapi masalah bekalan memandangkan tahun ini 1,200 ekor lembu dan 300 ekor kambing telah diimport dari ladang ternakan syarikat ini di Australia," ujarnya.

Sehubungan itu, masyarakat Islam yang mahu melakukan tempahan untuk ibadah korban boleh datang sendiri ke Pusat PPES Ternak di Jalan Mersawa, Bintawa atau menghubungi talian 082-482015 atau faks di 082-481350.

No comments: