Umat Islam diminta berhati-hati ketika makan di hotel di negara ini, kerana kini hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebanyak 31 buah lagi sedang dalam proses untuk kelulusan, empat permohonan baru, 64 dalam proses melengkapkan borang dan tiga telah tamat tempoh dan sedang memperbaharui sijil halal.
``Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk hotel yang mendapat sijil halal daripada majlis dan jabatan agama Islam negeri,'' katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
- Utusan Online 04/12/2008 6:30pm
No comments:
Post a Comment