PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20111221

Tindakan saring pelajar asing wajar - 2011/12/21

ISU kebanjiran pelajar asing ter-utama warga Afrika di institusi pengajian tinggi (IPT) kini hangat diperkatakan oleh media massa.

Terbaru, cadangan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam bahawa kerajaan akan menguatkuasakan sistem tapisan bagi menyaring kemasukan pelajar asing ke Malaysia.

Kemasukan pelajar asing ke negara ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada imej Malaysia seperti peningkatan kadar jenayah. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mahasiswa tempatan dan masyarakat sekeliling. Ada golongan warga Afrika ini menyalahgunakan visa pelajar dan pas lawatan sosial mereka. Cadangan pengenalan sistem tapisan untuk kemasukan pelajar asing ini ialah tindakan bijak menerusi proses pengeluaran visa pelajar yang turut diperketatkan.

Diharapkan dengan tindakan mengetatkan proses pengeluaran visa ini dapat mengurangkan kes penipuan oleh golongan terbabit seperti tinggal melebihi tempoh, malah ada juga masalah sosial dan kegiatan jenayah yang membabitkan warga asing ini.

Penggunaan visa pelajar selepas melalui proses penapisan lebih ketat membolehkan pemantauan dilaksanakan oleh agensi berkaitan. Usaha ini seharusnya mendapat perhatian dan kerjasama semua pihak supaya dapat memastikan tiada kegiatan jenayah dan aktiviti tidak bermoral dilakukan di negara ini oleh pelajar asing.

Pada pendapat saya, usaha ini sangat baik dan seterusnya dapat memastikan Malaysia terus menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu.
Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan pelajar asing yang belajar di negara ini tidak menimbulkan masalah dan memberi ancaman keselamatan kepada masyarakat supaya suasana pembelajaran berlangsung secara harmoni.

Tambahan pula, ada pelajar asing yang berkelakuan tidak sopan di dalam kampus dan tindakan mereka ini adalah bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia.

Selaku Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa, Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), saya berpendapat pelajar asing yang memasuki IPT di Malaysia perlu mengetahui, memahami dan menghor-mati adat dan budaya masyarakat Malaysia terutama masyarakat yang beragama Islam.

Sensitiviti dan kesedaran ini perlu ada dalam diri setiap pelajar asing ini dan mereka perlu menghormati sosiobudaya di Malaysia.

SHAFIDAH SAAD,
Universiti Putra Malaysia (UPM).

No comments: