PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20110118

Politeknik, kolej swasta akan dipantau dalam usaha meningkat kualiti

Penarafan MyQUEST, PolyRate dilaksana tahun ini: Khaled

Mulai tahun 2011 ini, semua politeknik dan kolej swasta di negara ini akan dipantau dan diberi penarafan selaras hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, semua 402 kolej swasta akan dinilai menerusi Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) manakala politeknik akan diukur menggunakan Sistem Penarafan Politeknik (PolyRate).

Dua sistem ini dibuat bagi mengukur tahap pencapaian politeknik dan kolej swasta di negara ini, selaras hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti IPT negara.

Kita sudah mempunyai SETARA (Sistem Penarafan IPT awam) untuk mengukur pencapaian universiti dan kolej universiti, tidak lengkap jika kita tidak melihat kualiti kolej swasta dan politeknik

No comments: