
Rakyat pelbagai kaum banjiri Dataran Merdeka
Perayaan Hari Kebangsaan ke-51 di seluruh negara semalam tetap meriah walaupun disambut sederhana dengan rakyat pelbagai kaum bersama-sama meraikannya, sekali gus membuktikan perpaduan erat rakyat Malaysia.
Sambutan diadakan dengan acara menaikkan bendera pada malam ambang merdeka, diikuti perbarisan dan perarakan semalam dengan acara kemuncak peringkat nasional berlangsung di Dataran Merdeka.
Ia diketuai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut disertai Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri.
No comments:
Post a Comment