20080421

Bajet 2009 dibentang 29 Ogos

Bajet 2009 akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Ogos ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bajet berkenaan akan menumpukan kepada usaha memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi yang mapan di samping memastikan kesejahteraan rakyat.

``Tema Bajet 2009 adalah meningkatkan daya tahan bagi pertumbuhan mapan dan perkongsian kemakmuran,’’ katanya dalam ucaptama merasmikan Majlis Konsultasi Bajet 2009 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

- Utusan

No comments:

Post a Comment