PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080605

PM gesa bendung kenaikan harga barang

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan ekoran langkah menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa 5 Jun 2008.

Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan.

“Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran.

Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini.

Beliau menambah: “Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”

Menurut Abdullah, kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak dibebani kenaikan kos bahan api dan makanan.

Beliau menjelaskan, harga bahan api dan komoditi di peringkat global yang meningkat secara drastik menyebabkan struktur subsidi minyak sedia ada di Malaysia tidak lagi relevan dengan pasaran.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa berusaha menolong rakyat tetapi dalam keadaan yang berlaku sekarang (harga minyak dunia meningkat sehingga AS$135 setong), inilah cara yang sebaik-baiknya,” ujar Perdana Menteri.

Tegasnya: “Bila masa susah kita kenalah sama-sama susah, bila masa senang kita sentiasa saling membantu.”

Abdullah memberitahu, langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan hari ini tidak bermakna kerajaan telah menarik subsidi minyak sepenuhnya.

“Subsidi masih diberikan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban rakyat. Malah, kita masih memastikan harga bahan api di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini,” katanya.

Unjuran KDNK dijangka kekal 5%

Malaysia dijangka mampu mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima hingga enam peratus pada tahun ini walaupun harga petrol dan diesel dinaikkan.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kenaikan bahan bakar itu akan menyebabkan ekonomi negara lebih efisien, sekali gus mampu menarik pelabur menanam modal.

"Apa yang lebih penting adalah mewujudkan ekonomi yang efisien iaitu bergerak ke hadapan, ini akan membolehkan kita mencapai peningkatan pertumbuhan (ekonomi)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pengumuman pakej penstrukturan semula subsidi minyak dan gas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdullah berkata, Malaysia yakin mampu mengekalkan KDNK sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Nor Mohamed ditanya bagaimana kerajaan dapat mengekalkan KDNK antara lima hingga enam peratus pada tahun ini sedangkan kos menjalankan perniagaan pasti meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurut Menteri Kewangan Kedua itu, ekonomi Malaysia dijangka berkembang berikutan pemberian rebat tunai sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan yang layak.

"Penerima akan membelanjakan wang ini," katanya.

Nor Mohamed juga berkata, kerajaan akan menjana pendapatan sebanyak RM1.5 bilion setahun ekoran langkah mengenakan levi keuntungan berlebihan kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM500 juta diperoleh daripada IPP dan RM1 bilion diraih daripada POP.

Siapa layak dapat subsidi tunai

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.

* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

Tawau sesuai untuk pusat pelancar roket

Malaysia sedang memikirkan rancangan untuk membangunkan sebuah pusat pelancaran roket di kawasan pantai timur Sabah khususnya di sekitar Tawau, demikian Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata kawasan Tawau mempunyai kedudukan geografinya yang sesuai tetapi kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini kerajaan belum mempunyai cadangan kukuh untuk membangunkan pusat pelancaran roket di Sabah.

Selain itu, Fadillah juga berkata kos pulangan juga perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan projek yang menelan kos amat tinggi itu memandangkan pasaran bagi pelancaran satelit masih dikuasai oleh Amerika Syarikat, Russia dan Eropah. Katanya, pembangunan teknologi pelancaran roket juga perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pusat pelancaran itu dapat dibangunkan.

Beliau berkata, kerajaan kini sudah memulakan usaha bagi membentuk satu Dasar Angkasa Negara untuk perincian dan usaha ke arah pembangunan bidang angkasa dapat dikenalpasti bersesuaian dengan dasar pembangunan negara.

“Kerajaan sudah menubuhkan syarikat Astronotik Teknologi Malaysia Sdn Bhd yang memberi tumpuan dalam membentuk aktiviti berkaitan terutama dalam menyiap dan menyediakan projek itu.

“Kita sudah mempunyai empat pakar dalam bidang astronotik dan fokus kepada melatih lebih ramai modal insan. Kementerian juga bekerjasama rapat dengan Universiti Teknologi Malaysia dalam membangunkan modal insan yang pakar dalam bidang astronotik,” katanya.

- Bernama

Pelbagai program di IPT untuk salur maklumat dasar kerajaan

Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menyalurkan maklumat terkini mengenai dasar kerajaan kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui pelbagai program sepanjang tempoh pengajian mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron, berkata antara program yang diadakan yang bertujuan secara langsung bagi menjelaskan dasar kerajaan adalah dengan menganjurkan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dua kali setahun.

Kamarudin meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan langkah serta perancangan kerajaan untuk memberi kefahaman kepada pelajar IPT mengenai dasar kerajaan dalam mentadbir negara.

Idris berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti, cadangan memperkenalkan kad diskaun pelajar dan persoalan caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianggap riba adalah antara isu semasa yang dibangkitkan dalam persidangan MPPK baru-baru ini.

- Bernama

Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini: PM

Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya.

Perdana Menteri berkata, bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya, bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan terakhir kerajaan ialah pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter.

- Bernama

20080604

Harga petrol, diesel diapung

Kos bahan api ikut pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi diperkenal Ogos

Harga petrol dan diesel di negara ini dijangka diapungkan mengikut harga pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi bahan api dilaksanakan kerajaan Ogos ini.

Pada masa ini, harga bahan api itu dikawal kerajaan dengan memberi subsidi yang besar, tetapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad semalam berkata, kawalan harga minyak akan ditarik balik apabila mekanisme baru skim subsidi dilaksanakan dalam tempoh dua bulan lagi.

Menerusi cara itu, katanya, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global.

Ketika ini, harga petrol di negara ini selepas subsidi hanya RM1.92 seliter dan diesel RM1.58, jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan harga bahan api itu.

20080603

Minyak naik Ogos? - Berikutan penstrukturan semula harga subsidi petrol, diesel

Harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan harga petrol dan diesel tersebut tidak akan menjejaskan pengguna berpendapatan rendah yang akan terus menikmati skim subsidi baru.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Menurut Shahrir, skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna.

Shahrir berkata, beberapa cadangan mengenai mekanisme skim subsidi baru petrol dan diesel sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan bentuk mekanisme tersebut.

20080530

AirAsia untung RM110 juta

AirAsia Bhd. (AirAsia) mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 156 peratus kepada RM110 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 berbanding RM43 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut AirAsia, bagi tempoh yang sama, perolehan syarikat penerbangan tambang murah itu turut meningkat kepada RM535 juta berbanding RM406 juta.

Pertumbuhan positif itu didorong oleh jumlah penumpang yang tinggi, iaitu naik sebanyak 21 peratus pada tempoh itu selain sumbangan daripada pendapatan tambahan.

Tambang purata melonjak sebanyak 10 peratus kepada RM189 berbanding RM171 yang dicatatkan pada suku pertama 2007.

Jumlah pertambahan penumpang dan faktor muatan penumpang juga turut menyumbang kepada peningkatan lagi hasil syarikat.

Akta umur persaraan 58 tahun dilulus, berkuatkuasa 1 Julai 2008

Lanjutan usia pencen dianggap peluang kakitangan awam tabur bakti, jasa kepada negara

Dewan Rakyat semalam meluluskan pindaan kepada Akta Pencen 1980 yang diberi nama Akta Pencen (Pindaan) 2008 bagi membolehkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 56 kepada 58 tahun, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Akta itu membabitkan pegawai dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa, namun mereka diberi pilihan untuk bersara pada umur persaraan wajib, 55 atau 56 tahun seperti pilihan mereka sebelum 1 Julai ini.

Kerajaan juga akan menimbangkan untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun secara berperingkat.

20080529

Dua harga jual petrol, diesel

Kerajaan mungkin melaksanakan sistem harga berperingkat bagi petrol dan diesel untuk kenderaan yang didaftarkan di negara ini serta negara asing, dalam usaha memastikan subsidi yang diberikan hanya dinikmati rakyat tempatan.

Melalui sistem harga berperingkat itu, semua pemilik kenderaan yang didaftarkan di luar negara perlu membeli petrol atau diesel mengikut harga pasaran dunia jika memasuki negara ini.

Pelaksanaan langkah itu dapat membantu memastikan hanya rakyat tempatan menikmati subsidi minyak yang diberikan kerajaan, manakala kenderaan asing dikehendaki membayar harga penuh (mengikut pasaran semasa).

Malaysia yakin capai sasaran KDNK 5 hingga 6 peratus

Malaysia berkeyakinan mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima hingga enam peratus disebabkan pengurusan ekonomi yang berhemat, tanpa perlu mempunyai satu pelan rangsangan ekonomi, kata Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Katanya, negara sudah mencapai satu pertumbuhan menggalakkan bagi suku tahun pertama 2008 yang melepasi angka sasaran awal antara lima hingga enam dari KDNK.

“Untuk suku pertama kita mencapai lebih dari anggaran itu, semua sektor menunjukkan prestasi yang baik, termasuk sektor pertanian, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan yang menunjukkan pertumbuhan yang positif.”

“Pada masa ini, kita akan menguruskan langkah untuk menjana ekonomi tetapi tidak memerlukan satu pelan yang khusus sebab kita bukan dalam keadaan lembab...kita berada dalam trend pertumbuhan, saya sangat positif kita akan mencapai sasaran lima hingga enam peratus berasaskan dengan dasar yang kita ambil dan laksanakan menerusi pengurusan berhati-hati dan berhemat ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyampaian anugerah kecemerlangan kementerian itu di sini hari ini.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa ekonomi berkembang pada kadar tahunan lebih cepat dari yang dijangka 7.1 peratus dalam suku tahun pertama, yang dirangsang oleh permintaan domestik dan eksport.

“Kita memang dapat memperolehi satu kadar pertumbuhan yang memberangsangkan (dan) kita memang gembira 7.1 peratus (pada suku tahun pertama) walaupun pada awal tahun kita memaklumkan bahawa kadar pertumbuhan 2008 dianggarkan di antara lima hingga enam peratus," katanya.

- Bernama

20080528

Siaran langsung sidang Dewan Negara mulai Isnin ini

Selepas sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat disiarkan secara langsung oleh RTM1, sesi persidangan Dewan Negara pula akan disiarkan secara langsung mulai Isnin ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata siaran langsung setengah jam itu akan menggantikan slot sesi soal jawab Dewan Rakyat yang disiarkan pada masa kini.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Senator Datuk Wira Syed Ali Abbas Al-Habshee semasa perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, yang menuntut persidangan Dewan Negara turut diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen.

Dewan Negara bersidang dari 26 Mei hingga 4 Jun.

Terdahulu, Syed Ali, yang mencelah meminta pandangan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir semasa perbahasan itu, melahirkan rasa terkilan kerana persidangan Dewan Negara yang juga komponen kedua tertinggi dalam struktur Parlimen tidak diberikan peluang sama seperti mana yang diberikan Dewan Rakyat.

- Bernama

Jangan spekulasi minyak naik 1 Jun

27 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak tidak membuat spekulasi bahawa harga minyak akan naik pada 1 Jun ini.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan menerima banyak cadangan untuk menangani inflasi dan kesemua cadangan tersebut perlu dikaji oleh Kabinet terlebih dulu.

Ekonomi : Malaysia catat KDNK 7.1% suku pertama

Malaysia mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.1 peratus pada suku pertama 2008.

28/05/2008 6:17pm UM.

Langkah atasi krisis minyak Jumaat 30 Mei 2008 ini

Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat dan ekonomi negara selepas mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikannya kelmarin membentangkan beberapa cadangan berhubung perkara itu dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

30,757 lepasan SPM ke IPTA tahun 2008 ini.

9,000 tempat penuntut Program Persediaan, selebihnya pelajar Program Diploma

Kerajaan menawarkan 30,757 tempat untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya untuk mengikuti program diploma serta persediaan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2008/2009.

Jumlah itu meningkat 17.2 peratus atau 5,281 tempat berbanding 25,476 yang ditawarkan mengikuti program berkenaan di

Program yang ditawarkan IPTA bagi lepasan SPM dan setaraf untuk sesi akademik 2008/2009 itu membabitkan 169 program dengan 36 daripadanya Persediaan (Asasi/Tamhidi), manakala 133 lagi diploma.

Kerajaan mensasarkan 50 peratus rakyat lingkungan 17 hingga 23 tahun berkelulusan pendidikan tinggi menjelang 2020, berbanding 36 peratus ketika ini.

20080527

PERTAHANKAN WILAYAH

PERSEMPADANAN maritim sejak sekian lama ditetapkan berdasarkan konvensyen tradisi dengan merujuk kepada sejarah dan asal-usul persempadanan negara yang terbentuk sewaktu zaman penjajahan.

Justeru apabila wujudnya tuntutan ber- tindih ke atas sesebuah pulau yang menjadi tanda aras kepada persempadanan maritim antarabangsa, fakta sejarah akan menjadi rujukan utama dalam menentukan kedaulatannya ke atas sesebuah negara.

Menguatkan tuntutan sesebuah negara seperti yang berlaku dalam kes Batu Putih, apabila ia diuruskan oleh Singapura termasuk membina rumah api dan menjalankan aktiviti yang menunjukkan kehadiran negara berkenaan di pulau ter- sebut.

Dalam pertimbangan seperti itu, jarak pulau yang dituntut tidak lagi menjadi faktor utama biarpun dalam ukuran pemetaan, pulau berkenaan lebih dekat dengan negara yang dinafikan kedaulatannya berbanding negara yang diberikan hak.

Merentasi zaman, setiap negara ketika ini bagaimanapun perlu menetapkan sempadan maritim secara terperinci mengikut lunas-lunas yang termaktub di bawah undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS III) atau juga disebut Konvensyen Undang-Undang Laut (KUUL) 1982.
Dalam mematuhi lunas-lunas berhubung persempadanan maritim negara itu, Malaysia ketika ini telah pun menggariskan lokasi titik-titik pangkal negara di bawah Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 yang akan diwartakan tidak lama lagi.

Ia mengguna pendekatan prinsip garis pangkal lurus (straight base line) seperti yang termaktub di bawah KUUL sekali gus membolehkannya diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Garis Pangkal dan Titik Pangkal itu kemudiannya perlu dideposit kepada Per- tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selewat-lewatnya pada tahun hadapan bagi membolehkan negara melebarkan wilayah perairan berlandaskan lokasi titik pangkal yang dikenal pasti oleh Pusat Hidrografi Negara (PHN) dan Jabatan Pemetaan (JUPEM).

Bagaimanapun bagi bahagian perairan selatan semenanjung berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan Batu Putih kepada Singapura, kedudukan garis pangkal yang terbentuk di bawah zon maritim negara di kawasan itu adalah bersifat separuh (partial submittion) dan pembahagian sempadan akan ditentukan oleh jawatankuasa teknikal kedua-dua negara.

Dengan kewujudan akta itu nanti, ia membolehkan negara luar melihat dengan jelas di mana kedudukan wilayah perairan negara seterusnya mengelak pertikaian mengenai persempadanan maritim antarabangsa atau pertindihan tuntutan pulau-pulau tertentu pada masa depan.

Pertindihan sedia ada di Laut China Selatan dan Laut Sulawesi bagaimanapun dijangka berterusan meskipun dengan adanya akta ini, memandangkan isu berkenaan telah timbul lebih awal berdasarkan wilayah maritim negara berdasarkan peta lama.

Sejauh mana perubahan terhadap pe- ta lama dengan wujudnya Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 itu nanti juga menjadi isu yang bakal mengundang rundingan lanjut khususnya dengan negara jiran.

Melihat kepada situasi negara ketika ini, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed berkata, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dalam isu persempadanan maritim.

Malah, tuntutan-tuntutan bertindih ke atas kedaulatan pulau yang sebelum ini dirasakan milik Malaysia juga adalah satu prosedur yang baru dan asing buat negara.

Justeru ujar beliau, apabila perkara itu dibangkitkan seperti yang berlaku dalam kes tuntutan Batu Putih, negara ter- paksa mendepaninya dengan situasi yang agak kelam kabut kerana kurangnya pe- ngetahuan dan pemahaman mengenai perkara tersebut.

MembanterasKes tuntutan pulau atau lebih tepat kedaulatan persempadanan maritim bermula apabila berlakunya serangan lanun secara berterusan ke atas nelayan dan kapal perdagangan yang melalui perairan Selat Melaka.

Ancaman maritim itu menimbulkan pertikaian di kalangan negara di rantau ini berhubung negara manakah yang se- harusnya memastikan keselamatan perairan tersebut seterusnya membanteras aktiviti lanun.

Ia kemudiannya membawa kepada tindakan negara-negara tertentu membina rumah api di pulau itu dan tanpa sebarang bantahan dari mana-mana negara, aktiviti di pulau tersebut dipertingkatkan.

"Justeru apabila wujud tuntutan bertindih berhubung kedaulatan pulau itu seperti yang berlaku dalam kes Batu Putih, perundangan pastinya memihak kepada negara yang menunjukkan kehadiran dan mengesahkan kedudukan mereka di pulau berkenaan sejak sekian lama," katanya.

Menurut Nasrudin, disebabkan pertindihan tuntutan pulau melibatkan persempadanan dan kedaulatan negara, ia memberikan impak yang cukup besar dan melibatkan soal masa depan, lebih- lebih lagi dalam percaturan politik antarabangsa.

Untuk itu jelasnya, kerajaan perlu merangka satu tindakan menyeluruh dengan segera berhubung persempadanan maritim bagi memastikan kes kehilangan kedaulatan Batu Putih tidak berulang dalam kes tuntutan bertindih lain yang sedang dihadapi ketika ini.

Dalam menetapkan persempadanan maritim negara pula seperti yang dijelaskan oleh Lt. Jeneral (B), Datuk Seri Zaini Mohd. Said, selain perlu berlandaskan kepada persetujuan undang-undang maritim antarabangsa, ia juga seharusnya mengambil kira undang-undang negara selain mendapat persetujuan bersama daripada negara jiran.

Namun dalam situasi ketika ini tambah bekas Panglima Medan Tentera Darat itu, tidak ada penetapan sempadan maritim yang dipersetujui oleh dua buah negara bersempadan menyebabkan ia ditentukan secara unilateral atau hanya sebelah pihak sahaja.

"Justeru, pihak maritim dan jabatan laut perlu menandakan sempadan perairan negara sebagai panduan kepada nelayan supaya tidak memasuki kawasan yang di tetapkan bagi mengelak se- barang kejadian yang tidak diingini," je- lasnya.

Merujuk kepada situasi di Pulau Pisang, Zaini berkata, kerajaan perlu berunding dengan Singapura untuk mengambil alih pengurusan rumah api yang dibangunkan oleh negara berkenaan sejak sekian lama.

Meskipun kedudukan Pulau Pisang itu terletak di wilayah maritim negara, namun apa yang dibimbangkan ia bakal mencetuskan satu lagi tuntutan bertindih dengan Singapura pada masa depan.

Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehilangan kedaulatan ke atas Batu Putih, kerajaan ujar beliau, perlu bertindak segera membangunkan pulau itu sekali gus mempertahankan kedaulatan wilayah yang merupakan hak negara.

BNM kekalkan OPR 3.50 peratus

26 Mei - Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.50 peratus.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM menyatakan ekonomi terus menunjukkan prestasi yang baik dalam tempoh suku pertama 2008, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Ia berkata, walaupun eksport barangan elektrik dan elektronik telah berkurangan, eksport bersih terus mapan, disokong oleh eksport komoditi dan barangan perkilangan berasaskan sumber yang lebih kukuh.

"Bagaimanapun, sekarang ini terdapat bukti tanda-tanda yang lebih jelas pertumbuhan ekonomi utama dunia menjadi perlahan. Pertumbuhan ekonomi yang sederhana ini dijangka akan memberi kesan terhadap ekonomi serantau termasuk Malaysia pada separuh kedua tahun ini," katanya.

BNM menyatakan meskipun terdapat petunjuk pertumbuhan global yang perlahan, harga komoditi dan makanan meningkat secara berterusan.

Ia berkata, harga minyak telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan inflasi harga pengguna dalam negeri meningkat kepada tiga peratus pada April 2008 dan didorong terutamanya oleh harga makanan yang lebih tinggi.

"Terdapat risiko peningkatan yang kukuh bagi inflasi global disebabkan harga makanan dan tenaga yang terus tinggi.

"Sementara tekanan sebegitu dijangka akan menurun sekiranya pertumbuhan global menjadi sederhana, tekanan harga dalam negeri dijangka berterusan dalam tempoh terdekat," katanya.

- Bernama

Kerajaan beri penekanan terhadap media baru

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek media baru seperti blog dalam usaha untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu memandangkan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui platform media baru telah membawa kesan diluar jangkaan seperti yang dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Kita sememangnya telah terlepas pandang kaedah terbaik untuk menguruskan media baru (sebelum ini), saya juga mengakui kita tidak terlalu arif akan kaedah untuk berhadapan dan meneutralkan tohmahan yang dilemparkan melalui teknologi baru," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Sidang Kemuncak Media Asia di sini hari ini.

- Utusan