Kami bawa anda mendekati, mendalami dan menghayati isu-isu dan fakta terkini.
PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG
INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR
20080409
BPR tahan 145 orang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2008
Pengarah Bahagian Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, untuk tempoh yang sama, seramai 59 penjawat awam lain-lain pangkat turut ditahan kerana terlibat dalam gejala tersebut.
‘‘Selain itu, BPR juga menahan 44 pekerja swasta dan 29 orang awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah antara bulan Januari hingga Mac ini.
‘‘Nilai rasuah melibatkan kesemua pelakunya adalah kira-kira RM11.2 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Shukri, bagi tempoh yang sama, BPR merampas harta benda bernilai RM900,000 dan menyita harta benda bernilai RM700,000 atas perintah mahkamah.
‘‘Kami juga mempunyai permohonan kes rampasan harta bernilai RM700,000 yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, BPR menerima sejumlah 3,834 maklumat rasuah.
‘‘Daripada jumlah itu, BPR membuka sebanyak 357 kertas siasatan,” katanya.
Kuasa ‘veto’ Astro tamat akhir tahun
Serentak itu, Astro turut diarahkan oleh kerajaan supaya tidak menambah lagi bilangan saluran sedia ada sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpuas hati dengan usaha-usaha penambahbaikan yang dibuat.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Astro yang diberikan lesen operasi pada 1997 perlu patuh kepada arahan kerajaan supaya berhijrah ke akta baru.
Menurutnya, ketika diberikan lesen, Astro beroperasi di bawah Akta Penyiaran dan Akta Telekom dengan kedua-duanya sudah dimansuhkan tetapi lesen mereka masih terletak di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998.
‘‘Ada banyak dakwaan mengatakan pakej yang Astro beri seolah-olah macam ‘bufet’, dia beri 10 hingga 15 siaran dan ada saluran yang kita tidak mahu tetapi pelanggan tidak diberi pilihan untuk menolaknya.
‘‘Walaupun ini merupakan sebahagian daripada pakej dan Astro kata tiada kos dikenakan, namun saya percaya memang ada kos dikenakan.
‘‘Justeru, walaupun Astro sudah menunjukkan minat untuk berhijrah ke Akta Komunikasi dan Multimedia sejak 1999 tetapi sampai hari ini mereka masih belum berhijrah ke akta ini,” katanya di sini hari ini.
Astro menyediakan 126 saluran termasuk saluran radio dengan bayaran pakej termurah RM39 sebulan.
Antara rungutan pelanggan Astro yang kerap diterima ialah caj RM20 untuk bil lewat bayar, caj sokongan teknikal RM50 serta pakej siaran yang diberikan kepada pelanggan.
Shaziman berkata, tindakan Astro mengambil masa terlalu panjang untuk berhijrah ke akta berkenaan menyebabkan SKMM sukar mengambil sebarang tindakan walaupun banyak aduan dan rungutan orang ramai diterima berhubung perkhidmatannya.
‘‘Rumusan hasil perbincangan kami hari ini ialah walaupun Astro berhijrah ke akta baru, hak eksklusif yang mereka terima akan terus dikekalkan tetapi penghijrahan perlu dibuat pada kadar segera.
‘‘Secara tidak langsung ini akan memudahkan segala perkhidmatan yang diberikan oleh Astro dikawal dan masalah berbangkit daripada orang ramai dapat diperbaiki,” katanya.
Shaziman berkata, Astro sepatutnya memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih saluran yang dirasakan perlu tanpa menggunakan kuasanya untuk menentukan siaran tertentu berdasarkan pakej disediakan.
Hak eksklusif Astro sebagai stesen televisyen berbayar akan tamat pada 2017 manakala lesen operasi Astro berakhir pada 2022.
20080408
Masa laksana perubahan

"Kini adalah masanya untuk pelaksanaan secara berkesan dan ini perubahan yang dimahukan rakyat. Kali ini, kita mahu memastikan segala janji kepada rakyat dikotakan sepenuhnya," katanya.
20080407
Amanat ikhlas Abdullah pulih keyakinan rakyat
"Amanat Pak Lah itu sangat berterus-terang dan luahan perasaannya sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. Ucapannya itu memberikan kami panduan bagaimana mahu menyusun semula proses perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
"Berbekal amanat itu, kami akan menggerakkan jentera parti ke arah proses pemulihan serta perubahan yang diingini akar umbi dan masyarakat," katanya selepas menghadiri majlis penerangan bersama Presiden Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Majlis dihadiri kira-kira 1,000 Ketua Penerangan mewakili negeri, bahagian dan ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Najib berkata, jawatankuasa pengurusan parti yang diketuainya akan mula turun padang Selasa ini bagi bertemu kepemimpinan akar umbi, termasuk bahagian serta negeri bagi mendengar sendiri pandangan mereka.
"Ia bagi mendapatkan maklum balas di samping memberikan penerangan mengenai amanat yang disampaikan Abdullah semalam. Kita juga akan menyampaikan pandangan pucuk pimpinan terhadap beberapa isu, termasuk pelbagai kritikan dilontarkan terhadap pucuk pimpinan," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata jawatankuasa itu akan turun ke negeri yang tidak dikuasai BN termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sebelum ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ke negeri lain.
Pak Lah minta BPR siasat bekas PM
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menutup mata atau melindungi Dr Mahathir jika terdapat bukti bahawa bekas Perdana Menteri itu pernah melakukan penyalahgunaan kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara.
"Bagi pihak kerajaan, dasar kita ialah kalau ada apa-apa tuduhan terhadap sesiapa pun, kalau ada bukti, kita tak akan pejam mata," katanya pada sidang media selepas Majlis Penerangan bersama Presiden Umno untuk jentera penerangan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas desakan aktivis dan pemimpin pembangkang supaya Dr Mahathir didakwa atas beberapa kesalahan yang didakwa pernah dilakukan bekas Perdana Menteri itu. Desakan itu dibuat oleh bekas Repertoir Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswam; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengerusi Gerak Demokrasi dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), Ezam Mohd Noor. Param dalam kenyataannya meminta siasatan dibuat terhadap Dr Mahathir yang didakwa campur tangan dalam siasatan BPR apabila beliau pernah mengarahkan satu fail ditutup.
Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ariffin Jaka dalam satu perbicaraan kes tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2000. Kit Siang pula meminta satu inkuiri diadakan terhadap dakwaan salahguna kuasa ketika pentadbiran Dr Mahathir yang dikatakan menjejaskan institusi seperti badan kehakiman. Ezam turut menyokong supaya siasatan dibuat terhadap Dr Mahathir yang didakwa campur tangan dalam siasatan BPR pada 1998. Perdana Menteri berkata, bukan tugas beliau untuk membuka fail bagi sesuatu kes, sebaliknya ia terletak dalam bidang kuasa agensi seperti BPR.
"Terserah kepada BPR untuk membuka fail (terhadap Dr Mahathir) jika mereka berasa wajar dan terdapat bukti untuk berbuat demikian," katanya.
Berita Harian 7/4/2008
20080403
Ekonomi - Rantau Asia bebas risiko krisis kewangan
Timbalan Pengarah (Jabatan Asia Pasifik) badan dunia itu, Daniel Citrin, berkata situasi ketika ini adalah sama sekali berbeza daripada apa yang berlaku 11 tahun lalu.
Beliau berkata, dasar kewangan, asas pasaran dan situasi fiskal di rantau ini adalah kukuh dengan hanya pendedahan kecil terhadap krisis subprima di Amerika Syarikat (AS).
"Bank di Asia kurang terdedah kepada masalah subprima AS dan keadaannya tidaklah seteruk berbanding di AS," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat tidak rasmi Menteri Kewangan Asean + 3 dan Timbalan Gabenor Bank Pusat di Danang, Vietnam semalam.
Bagaimanapun, Citrin berkata, kemelesetan ekonomi di AS dan ekonomi utama lain seperti Eropah dan Jepun tentunya memberikan sedikit kesan kepada rantau ini.
"Ada tanda-tanda berlakunya kelembapan di sesetengah bahagian dunia. Memang ada kesannya, rantau ini tetap terdedah tetapi tidak seperti pada 1997," katanya.
Krisis kewangan Asia 1997 berlaku pada Julai tahun itu, bermula dengan penurunan nilai baht di Thailand sebelum merebak ke negara Asia Tenggara lain, termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina dan akhirnya melanda Korea Selatan, Hong Kong dan China.
Citrin berkata, tidak seperti pada 1997, negara di Asia sekarang ini mempunyai dasar fiskal yang lebih baik dengan pertumbuhan yang kukuh tetapi IMF lebih bimbang mengenai peningkatan inflasi. Beliau berkata, IMF akan mengeluarkan unjuran pertumbuhan terkininya bagi 2008 dalam tempoh dua minggu lagi.
Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam laporan Tinjauan Masa Depan Perkembangan Asia 2008, berkata, negara sedang membangun di Asia akan mencatatkan pertumbuhan mantap tahun ini di sebalik kemerosotan ekonomi di negara industri utama.
Katanya, bagi Malaysia, ekonominya diunjurkan mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus tahun ini, rendah sedikit berbanding 6.3 peratus tahun lalu sebelum meningkat kepada 5.9 peratus pada 2009.
ADB berkata, di sebalik penurunan dalam ekonomi utama, kenaikan harga makanan dan bahan bakar dan krisis kredit semakin hangat di AS, ia mengunjurkan ekonomi negara Asia yang sedang berkembang secara puratanya akan tumbuh 7.6 peratus tahun ini dan 7.8 peratus tahun depan.
Tahun lalu, rantau ini mencatatkan pertumbuhan paling tingginya sejak hampir dua dekad lalu pada purata 8.7 peratus.
"Asia tidak kebal daripada kemerosotan global dan ia juga tidak akan terperangkap kepadanya," kata Ketua Pakar Ekonomi ADB, Ifzal Ali.
Beliau berkata, keadaan dasar yang baik dan pertumbuhan produktiviti yang menarik serta pemodenan ekonomi dan pembaharuan struktur akan terus mengekalkan rantau ini dalam landasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Bernama
20080401
Penduduk tak perlu panik
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata masalah kekurangan bekalan itu hanya berlaku di stesen minyak milik satu syarikat saja sedangkan stesen minyak syarikat lain masih beroperasi seperti biasa.
"Walaupun petrol kehabisan di stesen minyak di sini kelmarin, masalah itu hanya sementara disebabkan kesilapan teknikal satu syarikat pembekal minyak yang tiada kaitan dengan stesen minyak yang lain," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.
Tiong berkata, penduduk bandar itu perlu bertenang kerana sejak petang kelmarin, ramai penduduk mula berasa cemas setelah menyedari masalah terbabit tanpa memahami situasi sebenar.
Beliau sendiri merujuk masalah itu kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Bintulu, setelah menerima banyak aduan daripada orang ramai.
20080331
Sains, teknologi diperkasa
Kementerian Pengajian Tinggi akan terus memperkasakan bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi dan institusi latihan bagi melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera yang dapat menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron, berkata menerusi Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ogos tahun lalu, bidang sains dan teknologi diharap dapat meramaikan tenaga mahir untuk menghasilkan produk kreatif dan inovatif yang boleh dipasarkan pada peringkat global.
"Mungkin kita tidak dapat berada di barisan hadapan teknologi moden untuk menyaingi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
"Namun, kita harus sentiasa mencuba untuk berada di depan terutama dalam bidang yang kita mempunyai kelebihan tertentu dengan menggunakan daya cipta dan inovasi kita sendiri supaya dapat meningkatkan imej Malaysia di arena antarabangsa," katanya.
20080328
BENGKEL PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN : PENYELARAS K-BESTARI NIL. 2/2008
Perserta bengkel sedang sibuk menyedia presentasi
Kumpulan 4 bengkel berbincang kertas yang akan dibentang
Ahli ahli Kumpulan 4
20080326
Dasar, isu pengguna jangan tersasar
Selepas beberapa usaha untuk mengekang kenaikan harga barang, terutama ketika musim perayaan kurang berjaya, sekali lagi kita diberi harapan oleh kerajaan untuk menangani masalah berkenaan. Kita dapati banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini, seolah-olah dipandang ringan sehingga rakyat terperangkap dan tidak dapat berbuat apa-apa setiap kali kenaikan mendadak sesuatu barang keperluan, lebih-lebih lagi yang tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga. Malah, akibat rasa tidak puas hati sesetengah mereka, kerajaan dihukum menerusi pilihan raya umum baru-baru ini, yang menyaksikan perubahan senario politik sekarang. Sekali lagi bagi mengatasi masalah yang menghantui pengguna sehingga meningkatkan kadar inflasi, kerajaan merangka mekanisme baru sebagai jalan bagi mengawal harga barang. Bagi kita langkah membuka pasaran boleh mengelak monopoli, sekali gus menguntungkan pihak pengguna dan peniaga kecil. Sebagai contoh, harga barangan di Sabah dan Sarawak didapati lebih tinggi berbanding harga di Semenanjung kerana kos pengangkutan, berikutan barangan berkenaan dimonopoli peniaga di Semenanjung. Justeru, cadangan terbaru kerajaan itu diharap dapat meringankan beban rakyat seluruh negara.
Namun dari sudut lain, membuka pasaran secara tidak langsung bermakna kerajaan membenarkan import barangan dari luar negara seperti China, India dan Indonesia. Kesannya, petani tempatan bakal berhadapan dengan masalah dari segi persaingan harga, yang akhirnya merugikan mereka. Kerajaan perlu melindungi petani dan pengeluar barangan tempatan supaya mereka tidak terjejas daripada lambakan barangan murah dari luar negara. Masalah peruncit, peniaga kecil dan penjaja di pasar basah yang mengalami keperitan hidup dan hilang mata pencarian akibat pembukaan pasar raya di seluruh pelusuk negara sekarang perlu dijadikan iktibar. Justeru, kita tidak mahu sebarang perubahan dasar memberi kesan negatif kepada golongan yang selama ini bergantung hidup kepada hasil pertanian dan berniaga kecil-kecilan. Kita tidak pasti, sama ada cadangan menteri berkenaan boleh menjamin bekalan stabil dan harga lebih murah. Banyak dasar dan peraturan yang diperkenalkan kementerian berkenaan sebelum ini tersasar daripada matlamatnya. Namun, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengkaji segala aspek pelaksanaan, tidak ada sebab ia tidak boleh memberi manfaat kepada rakyat yang amat mengharapkan harga barangan pengguna sentiasa stabil. Untuk menyalahkan kementerian sepenuhnya memang tidak adil kerana sebahagian masalah yang timbul berkaitan kenaikan harga barang, berkait rapat dengan sikap peniaga yang mahu untung besar selain tabiat pengguna sendiri yang tidak memahami konsep kepenggunaan.
20080325
Pasaran terbuka kawal harga barang
Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada mesyuarat pertama Kabinet baru Rabu lalu mengarahkan jemaah menteri melakukan apa saja asalkan tindakan itu memanfaatkan rakyat.
"Kita selama ini ingat pasaran Malaysia besar sedangkan pasaran domestik sebenarnya agak kecil. Adalah mudah bagi sebilangan peniaga dan pengeluar untuk mengawal pasaran.
"Kita fikir dengan kawalan pasaran ini, kita akan mendapat harga berpatutan, tetapi mungkin jika kita membuka pasaran maka bekalan dan harga akan lebih baik.
"Kita tidak seharusnya sekadar memberi amaran, tetapi melakukannya saja. Lagipun kita akan ada Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta)," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas di kementeriannya di sini, semalam.
Beliau ditanya mengenai langkah yang akan diambilnya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menangani masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang keperluan yang dikatakan antara faktor pengundi menyokong pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Terdahulu, Shahrir dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, mengadakan pertemuan dan menandatangani Nota Serah Tugas. Hadir sama ialah Timbalannya, Jelaing Mersat dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata, kenaikan harga barang keperluan bukan disebabkan kegagalan kementerian itu, tetapi dasar sebelum ini yang terlalu memberi tumpuan kepada keperluan pengeluar dan peniaga berbanding pengguna. Kawalan barangan keperluan juga membabitkan bidang kuasa beberapa kementerian lain, seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
"Isu harga barangan adalah masalah besar dan untuk menanganinya kerajaan sudah menubuhkan Majlis Harga Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri. Sudah ada kesedaran sebelum pilihan raya umum lalu," katanya sambil menambah beliau bernasib baik kerana masalah kenaikan harga memuncak November lalu.
Ditanya sama ada beliau akan mengkaji semula mekanisme kawalan harga barangan, Shahrir berkata ia akan dirombak 'luar dan dalam' kerana kawalan harga barangan tidak akan menjadi realistik jika kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap aspek bekalan.
"Apabila bekalan bukan dalam kawalan anda dan anda mempunyai halangan palsu terhadap bekalan, maka harga barangan juga bukan sesuatu yang nyata.
Justeru, jika anda tidak mengawal bekalan dan tidak tahu harga sebenar barangan, bagaimana anda hendak kawal harga barangan itu?" katanya.
20080324
Ministry to set up own blogsite to reach youths
Its minister Datuk Ismail Sabri Yaacob said the move was made in view of the popularity of blogs among youths as a channel of information.
He said the existence of blogs should not be taken lightly as they had been effective in influencing voters to vote for the opposition in the recent general election.
“If we continue to rubbish the blogs, I am worried that it will one day take over the role of the mainstream newspapers,” he told reporters after a function to celebrate his appointment as Youth and Sports Minister at the Rakan Muda Complex, near here Saturday night.
He said the ministry’s blogsite, to be created in accordance with the needs of youths, would be light and easy.
Ismail Sabri said the ministry would also study the status of youth organisations in the country, many of which were weak and in a state of malaise, after meeting up with the leaders tomorrow.
“Perhaps these youth organisation have modules which are no longer in tune with current developments and the needs of youths today.
“Possibly this is also why more than 70 per cent of the country’s youths are not interested in joining youth organisations.”
He said the ministry, therefore, needed to find a new approach to bring change so that youths were keen to be members of such organisations.
“We must remember that social ills involving youths are usually attributed to factors outside the home, but today these are also found within the home environment like the misuse of the Internet,” he added.
— Bernama
20080323
Rizab antarabangsa BNM RM393 bilion
BNM dalam satu kenyataan di sini berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.8 bulan import tertangguh dan merupakan 7.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
20080320
Najib ketuai angkat sumpah - Timbalan Perdana Menteri

Najib adalah antara 32 menteri dan 35 timbalan menteri yang dilantik menganggotai pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Abdullah, 68, telah mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Tuanku Mizan pada 10 Mac lalu, dua hari selepas BN memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke majlis itu. Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah turut hadir.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Rahman Mohamad.
20080318
BARISAN KABINET BARU 2008
PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukan senarai nama anggota Kabinet baru yang diumumkanTimbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany Timbalan : Datuk Hasan Malek
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail
KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad
KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon
KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh
Bernama
Harga minyak melonjak AS$112 setong
Pelabur beralih daripada dolar selepas langkah mengejut Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lepas menyuntik tunai ke dalam firma kewangan di New York yang mengakibatkan dolar jatuh berbanding yen.
Penganalisis Tenaga Purvin & Gertz, Victor Shum berkata, langkah tersebut secara keseluruhan akan membantu mencairkan dolar dan terus melemahkan mata wang tersebut.
‘‘Sementara itu, pelabur terus membeli minyak dan komoditi lain bagi melindungi kejatuhan dolar dan inflasi,’’ katanya.
Tambah Shum, pemotongan kadar faedah dan kadar diskaun kepada 3.25 peratus oleh AS memburukkan lagi keadaan semasa harga minyak.
– AP
Harga timah catat rekod baru AS$20,800 setan
Harga timah tempatan melonjak AS$1,000 (RM3,160) berbanding dengan AS$19,800 (RM62,568) setan yang dicatatkan pada hari Jumaat.
Harga komoditi itu terus meningkat sejak Rabu lepas.
Para peniaga berkata, harga timah tempatan naik apabila pembeli mengambil petunjuk dari kenaikan mendadak harga timah semalaman di Bursa Logam London (LME).
Mereka berkata, pasaran dicatatkan lebih kukuh, diperkuatkan oleh permintaan kukuh dari seberang laut, terutama sekali pembeli Jepun dan Eropah, yang turut merangsang pasaran tempatan.
Harga timah di LME, yang mempengaruhi pasaran timah global, meningkat AS$645 (2,038) untuk ditutup di paras AS$20,600 setan.
Ketika dibuka di pasaran tempatan, para pembeli membida 246 tan manakala penjual menawarkan 91 tan.
Perolehan keseluruhan meningkat kepada 122 tan daripada 110 tan yang dicatatkan pada Jumaat lepas di mana permintaan kukuh datang dari pembeli Jepun, Eropah dan tempatan.
Perbezaan harga antara PTKL dan LME melebar kepada AS$560 (RM1,769) setan daripada AS$205 (RM647) setan yang dicatatkan Jumaat lepas.
– Bernama
20080314
4,980 ijazah perguruan ditawar bagi lulusan SPM
Beliau berkata, 150 lagi tempat untuk Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Luar Negara dalam lapan pengkhususan, iaitu Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Terapi Pertuturan Klinikal, Terapi Penjagaan Kesihatan, Audiologi dan Psikologi Klinikal.
Bagi Program Kembar Ijazah Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Universiti Luar Negara (B Ed TESL), katanya, sejumlah 500 tempat disediakan. “Selain itu, masing-masing 15 tempat ditawarkan untuk Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP) dan Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ) bagi memenuhi keperluan guru terlatih dalam dua bahasa berkenaan di sekolah menengah.
“Sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran melaksanakan pengajaran bahasa Cina di sekolah rendah kebangsaan, 100 tempat disediakan untuk Program Kembar Bahasa Cina,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, syarat kemasukan Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun ialah memiliki sekurang-kurangnya enam kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan, Biologi/Kimia/Fizik/Sains/Sains Tambahan/satu mata pelajaran teknikal, Sejarah dan satu subjek lain. Untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Luar Negara dan B Ed TESL, Asariah menjelaskan pemohon mestilah lulus sekurang-kurangnya 7A termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik/Matematik Tambahan, Biologi/Kimia/Fizik/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Teknologi Kejuruteraan/Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran lain.
Beliau berkata, pelajar terpilih menyertai Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Luar Negara perlu mengikuti kursus persediaan satu setengah tahun di mana-mana tiga institusi pendidikan terpilih iaitu Pusat Pendidikan Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam; Universiti Tenaga Nasional, Kajang dan Kolej Yayasan United Engineers Malaysia, Lembah Beringin, Perak.
Setelah itu, katanya, pelajar terbabit akan meneruskan pengajian tiga tahun di universiti terkemuka di United Kingdom, Australia dan New Zealand. Bagi B Ed TESL pula, beliau berkata, 10 institusi pendidikan guru terpilih menawarkan kursus persediaan bagi calon program itu selama tiga hingga empat semester sebelum layak meneruskan pengajian di universiti berkembar luar negara.
“Keutamaan diberikan kepada calon memiliki kepujian baik dalam mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris atau mencapai tahap Band 5 dalam Malaysian University English Test, jika ada, “ katanya.
Mengenai PKBP dan PKBJ, ia terbuka kepada calon mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam dua bahasa berkenaan, selain lulus sekurang-kurangnya 4A termasuk Bahasa Inggeris dan gred 3B bagi Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Biologi/Kimia/Fizik/Sains/Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal.
Asariah berkata, permohonan bagi semua kursus ijazah perguruan dibuka sejak 5 Mac lalu dan ia perlu dilaksanakan secara aplikasi dalam talian menerusi laman web: http://www.moe.gov.my/.
“Pemohon terlebih dulu perlu mendapatkan nombor pengenalan individu yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh tutup permohonan 25 Mac ini,” katanya.
20080312
56,896 calon STPM lulus penuh
Pelajar cemerlang dan terbaik bergambar bersama anugerah masing-masing pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM dan Pelajar Cemerlang STPM dan Muet 2007
Seramai 56,896 atau 91.62 peratus daripada 66,047 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu subjek, meningkat 0.75 peratus berbanding 90.87 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 3,687 atau 5.94 peratus calon lulus penuh lima subjek, 23,101 (37.2 peratus) empat subjek, 12,418 (20 peratus) tiga subjek, 9,234 (14.87 peratus) dua subjek serta 8,456 (13.62 peratus) satu subjek.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata 386 calon memperoleh prinsipal A dalam semua subjek yang diambil, iaitu 25 calon mendapat lima subjek dan 361 mendapat empat subjek.
Semua calon yang cemerlang dalam lima subjek itu adalah dari sekolah bandar mencakupi 15 pelajar aliran sains dan 10 lagi sastera. Beliau berkata, bilangan itu merosot berbanding 34 calon mendapat prinsipal A dalam lima subjek dan 414 memperoleh keputusan sama bagi empat subjek yang diambil pada 2006.
Dzulkifli berkata, 59 calon lagi mendapat empat A daripada lima subjek yang diambil, juga merosot berbanding 63 pelajar pada tahun sebelumnya.
"Secara umum, prestasi calon memperoleh keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 atau lebih pada kali ini rendah sedikit, berbanding 2006," katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Eksekutif MPM, Omar Abu Bakar.
Berdasarkan keputusan STPM 2007, hanya 1.15 peratus calon mendapat PNGK 4.00 berbanding 1.19 peratus tahun sebelumnya. 10.66 peratus memperoleh PNGK 3.50 berbanding 11.14 peratus pada 2006 dan 32.11 peratus meraih PNGK 3.00 berbanding 32.47 peratus sebelum ini.
Tahun lalu, 37,837 atau 60.93 peratus calon peperiksaan STPM adalah Bumiputera, 18,741 atau 30.18 peratus Cina, 4,750 atau 7.65 peratus India dan 772 atau 1.24 peratus kaum lain.
Dzulkifli berkata, jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar dalam kedua-dua aliran sains serta sastera juga masih ketara dengan 13.71 peratus calon bandar mendapat 5A, 4A dan 3A berbanding 4.62 peratus calon luar bandar.
Bagi pencapaian keputusan 5A, 4A dan 3A, calon bandar aliran sains mencatat 16.94 peratus berbanding calon luar bandar 6.85 peratus, manakala bagi aliran sastera, 10.96 peratus calon bandar berbanding 4.29 peratus calon luar bandar mencatat keputusan itu.
20080311
Kerajaan masih kuat -- Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 baik – Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, Barisan Nasional (BN) masih mencatat keputusan yang baik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan mampu membentuk kerajaan yang kuat walaupun tidak memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.Perdana Menteri berkata, ini memandangkan BN hanya kekurangan lapan kerusi untuk memperoleh majoriti tersebut.
Menurut beliau, kejayaan menguasai 140 daripada 222 kerusi Parlimen akan membolehkan BN menubuhkan kerajaan bagi melaksanakan janji dalam manifesto dan program yang ditetapkan seperti Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan koridor-koridor pembangunan ekonomi.
‘‘Tidak mendapat dua pertiga majoriti bukan sesuatu yang kita bimbangkan sangat. Kita boleh menjadi kerajaan yang baik, memberikan apa yang dijanjikan dan mencapai prestasi yang baik.
‘‘Saya ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara berjaya di bawah BN walaupun tidak memperoleh majoriti dua pertiga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdullah yang juga Pengerusi BN, sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam dua sesi berasingan secara berturut-turut, bermula pukul 1.30 tengah hari dan berakhir kira-kira 6.30 petang.
Katanya, keputusan pilihan raya berkenaan menjadi pengajaran kepada UMNO dan BN.
Abdullah mengakui keputusan itu adalah satu isyarat yang perlu diberi perhatian dan mesti diterjemahkan dalam tindakan yang bakal diambil kelak.
‘‘Saya sendiri belajar daripada peristiwa itu kerana percaya setiap kejadian ada pengajaran. Saya bukanlah seorang yang degil dan tidak mahu belajar daripada kehidupan walaupun ia mempunyai hubungan dengan karier dan tugas saya,’’ katanya.
Ditanya sama ada ‘isyarat’ daripada rakyat itu bermaksud mereka berasa marah kepada beliau, Abdullah berkata: ‘‘Mungkin, saya tak tahu, mereka hanya melakukannya.”
Abdullah menegaskan, setiap orang di dalam parti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada BN kerana keputusan sentiasa dibuat berdasarkan kata sepakat.
‘‘Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) ada menyebut bahawa kita semua secara bersama bertanggungjawab terhadap segala yang kita lakukan. Kerajaan Barisan Nasional sentiasa membuat keputusan berasaskan konsensus, keputusan bersama dan tanggungjawab bersama.
‘‘Ada keputusan yang baik dan ada yang mungkin tidak diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kita boleh perbaiki,” katanya.
Ditanya apa yang beliau maksudkan dengan ‘‘isyarat oleh pengundi yang perlu diberi perhatian oleh BN’’, Abdullah menjelaskan, rakyat mahu supaya kerajaan melaksanakan janjinya dengan cara yang lebih baik.
‘‘Ada beberapa perkara yang saya tahu menjadi isu-isu penting semasa kempen pilihan raya seperti kenaikan harga barang, jenayah dan rasuah. Itulah perkara-perkara mustahak yang timbul pada masa itu,’’ katanya.
Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, sebuah jawatankuasa bebas akan dilantik bagi mendapatkan satu analisis yang objektif berhubung pencapaian BN dalam pilihan raya umum kali ini.