PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090827

Angka kematian meningkat 71


ORANG ramai masih tidak mengendahkan pemakaian topeng hidung dan mulut bagi menghentikan penularan wabak H1N1

Wanita korban baru selesema babi semalam

Satu lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dicatatkan semalam membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun, menjadikan angka korban meningkat kepada 71 orang di seluruh negara sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita itu mula mengalami demam, batuk serta sakit kepala pada 8 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10 Ogos kerana radang paru-paru.



"Dua hari selepas itu, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama serta diberi rawatan antiviral.

"Ujian makmal mendapati kes positif H1N1 17 Ogos dan beliau meninggal dunia pada 19 Ogos lalu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, hingga semalam, sejumlah 324 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 223 pesakit ILI dibenarkan keluar.

"Seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital, termasuk dua hospital swasta di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit yang disahkan positif H1N1.

"Daripada 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU, dengan 39 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanak-kanak dan bayi (enam) dan Sindrom Down (dua)," katanya.

20090822

TM Internet Service always out and slow

The service of our national telecommunication provider is getting worse and worse. These few days the service are frequent out and at times slow. Maybe something try to turn user to 'broadband services. Not only that, Telecom are collecting 'illegal' fees for disconnected customers. Recently one customer compalined that even after all services disconnect on his home telephone and internet service (cannot recieve incoming calls and dail out service) after failure to settle 3 months bills (RM400+) the Telecoms keep on charging him with the bills todate amount of RM800+ though cannot use the service.

Are Telecoms punishing and is it legal?? Paying without using is LOGIC??

20090821

569 new A(H1N1) infections

The highest number of Influenza A(H1N1) cases in a day has been recorded with 569 infections.

One more death was also reported yesterday bringing the total number of fatalities to 68.

The latest victim was a 33-year-old woman who was 34 weeks pregnant. Her unborn baby also did not survive.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the woman was admitted to a private hospital in Johor Baru on Aug 8 after developing fever and cough for a day.

Five days later she was referred to the Sultanah Aminah Hospital when she experienced breathing difficulties and was given Tamiflu, he said, adding that she died on Aug 13 from severe pneumonia and respiratory failure.

After opening the Influenza Care Clinic Campaign on prevention and treating the A(H1N1), Liow said 1,533 patients with influenza-like illness (ILI) were admitted to 104 hospitals from which 195 tested positive for the virus and 35 patients are in the intensive care units.

He said 20 of those in intensive care had risk factors such as diabetes, chronic diseases, asthma, pregnancy and obesity. A total of 188 people have been discharged from hospitals, he said, adding that up to yesterday, there were 5,496 confirmed cases in the country.

Liow said that the number of cases did not reflect the true situation as it only showed cases that were confirmed by laboratory tests and those that were admitted to hospitals.

The World Health Organisation has stated that for every confirmed case, there are 20 other undetected cases in the community.

Liow added that 80% of deaths due to the virus were among the high-risk groups.
During the Care Campaign, 85 private clinics in the country will sell a box of 10 FluHalt (Oseltamivir Phosphate) capsules manufactured by Ranbaxy Malaysia at RM80, instead of the usual price of RM180.

Participating clinics can be identified with the sign ‘Klinik Cegah dan Rawat Influenza A(H1N1)’ on the door.

20090820

Sarawak: Bapa 13 anak cipta mesin buat belacan

Tanpa pendidikan formal Musa mampu pamer hasil inovasi, kreativiti

Tanpa pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah dan tidak pernah kenal huruf, seorang ayah kepada 13 anak berjaya mencipta mesin pembuat belacan dan mesin pengisar kulit udang kering, seterusnya muncul antara pengeluar utama belacan di Bandaraya Kuching ketika ini.

Musa Saee, 57, dari Kampung Tambirat adalah antara 80 peserta yang mengambil bahagian mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti pada Karnival Inovasi dan Kreativiti Sarawak anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Kuching mulai 14 hingga 16 Ogos lalu.

Beliau yang pernah bekerja di kem balak, seterusnya berkebun pisang dan kelapa, mula mencipta mesin pembuat belacan pada 1989, beberapa tahun selepas menghasilkan belacan untuk dijual secara kecil-kecilan di kampung.

Dua minggu lalu, beliau menghasilkan mesinp engisar kulit udang kering. Sejak menggunakan mesin pembuat belacan, Musa berjaya meningkatkan pendapatannya daripada RM300 sebulan kepada RM10,000 sebulan terutama ketika musim udang kecil atau lebih dikenali sebagai bubuk di Sarawak antara April hingga Julai.

"Saya menggunakan kayu belian, besi, aluminium dan pelbagai barang terbuang untuk menghasilkan kedua-dua mesin ini. Mesin pembuat belacan disiapkan dalam sebulan tetapi mesin pengisar kulit udang kering saya siapkan dalam masa tiga hari.

"Saya mendapat idea untuk mencipta sendiri dua mesin ini bagi mempercepatkan kerja pemprosesan belacan. Kini saya mampu membekalkan belacan bukan saja untuk seluruh Sarawak, tetapi turut dihantar ke Semenanjung," katanya kepada Berita Harian.

Bagi Engang anak Tukan, 40, dari Rumah Panjang Gaat, Baleh, Kapit, yang menghasilkan pelbagai barang daripada manik sejak di bangku sekolah rendah, karnival seperti itu memberi peluang untuk mereka bukan saja memperkenalkan hasil kreativiti dan inovasi, tetapi juga peluang pasaran baru. Pelbagai aksesori sehinggalah kepada pakaian dan perhiasan rumah daripada manik dihasilkan dengan harga jualan daripada semurah RM5 sehinggalah RM2,000 setiap satu.


"Saya belajar menghasilkan anyaman manik daripada mendiang nenek saya dan bagi setiap anyaman yang agak rumit misalnya kain yang dipakai wanita, saya mengambil masa lebih sebulan untuk menyiapkannya. "Corak dipilih sama ada tumbuhan atau haiwan terutama harimau, burung dan ular.

Setiap corak melambangkan kekuatan kaum Iban atau si pemakainya," katanya sambil berharap karnival seperti itu diteruskan pada masa akan datang. Turut mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti pada karnival itu ialah pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat yang menjuarai pertandingan robotik peringkat negeri Sarawak tahun ini. Robot yang bermain gitar tanpa wayar dihasilkan kebanyakannya menggunakan alat permainan lego, dinamakan 'Streemuse' adalah idea tiga pelajarnya, Azrul Hafiz, 17, Zulsyafiq Puasa, 17, dan Mohd Adri Hashim, 16. Azrul pelajar Kejuruteraan Awam, Zulsyafiq pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Mohd Adri pelajar Kejuruteraan Elektrik mengambil masa sebulan untuk menyiapkan robot berkenaan yang akan bertanding pada peringkat kebangsaan.

Bagi sekumpulan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, hasil ciptaan mereka Sistem Penggera Banjir turut menarik perhatian di karnival berkenaan, berikutan ia mampu memberikan amaran banjir kepada orang pekak dan buta. Ini kerana sistem penggera berkenaan mengeluarkan bunyi yang kuat dan mengeluarkan api apabila banjir mencapai paras bahaya.

Enam pelajar tingkatan empat SM Sains, Mohd Hanif Mortadza, Mohd Asraf Yaakub, Mohd Firdaus Jamadi, Mohd Yusri Abdul Razak, Abdul Hanif Haron dan Mazelan Mustapha, berkongsi idea untuk menghasilkan ciptaan itu yang disiapkan dalam tempoh tiga bulan. Tidak ketinggalan mempamerkan inovasi dan kreativiti ialah pembuat Tumpik, sejenis makanan tradisional kaum Melayu di Sarawak, Dayang Rahmah Abang Hashim, 1, dari Bintangor.

Selepas 14 tahun menghasilkan Tumpik, beliau menggunakan kreativiti untuk mempelbagaikannya daripada cuma menghasilkan Tumpik biasa kepada Tumpik istimewa yang berinti sama ada udang atau ikan.

Malah menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, hasil inovasi yang dipamerkan di situ akan didokumentasikan oleh YIM dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sebagai bank data. Bagi inovasi yang berpotensi dikomersialkan akan diberi perlindungan harta intelek oleh kerajaan.

Sarawak: Telur penyu dijual secara haram

Bekalan diimport khas peniaga Indonesia

Dengan harga serendah 50 sen, orang ramai yang berkunjung ke Pasar Minggu Sempadan di Kampung Serikin, Bau, boleh menikmati makanan eksotik telur penyu yang diimport khas peniaga warga Indonesia dari Sambas, Kalimantan Barat.

Telur penyu berkenaan dibahagikan kepada dua gred dengan telur bersaiz besar berharga RM1 sebiji sementara yang lebih kecil berharga antara 50 sen hingga 80 sen namun ia bergantung pada musim dan permintaan semasa. Tinjauan Berita Harian di pasar berkenaan mendapati lebih banyak peniaga menggelengkan kepala ketika ditanya mengenai telur penyu, malah ada antara mereka kelihatan takut apabila dikaitkan dengan jualan makanan eksotik berkenaan.

Kebanyakan peniaga memaklumkan telur penyu tidak boleh dijual kepada anggota keselamatan Malaysia kerana mereka akan merampasnya walaupun pihak berkuasa Indonesia tidak pernah menghalang penjualannya di kalangan orang ramai.

Selepas menghabiskan masa hampir sejam di pasar berkenaan, seorang wanita berusia 30-an mengakui ada menjual telur penyu sebelum dia menunjukkan satu beg plastik hitam mengandungi telur penyu berjumlah 50 biji. Peniaga berkenaan yang hanya dikenali sebagai Masripoh berkata, dia berani mengambil risiko menjual telur penyu kerana harga di Sambas murah tetapi dia boleh membuat keuntungan mudah kepada pembeli dari Malaysia.

Katanya, dia mula menjual telur penyu di Pasar Minggu Sempadan di Tebedu, sebelum beralih ke Kampung Serikin sejak empat tahun lalu selepas mendapati pasar itu tidak lagi menarik perhatian pengunjung.

"Sekitar 2005, ramai peniaga di sini menjual telur penyu secara terbuka namun bermula tahun lalu, berlaku sekatan dengan pihak berkuasa Malaysia mula merampas telur penyu.

"Telur penyu dianggap biasa di Sambas kerana nelayan mengutipnya di pulau berdekatan kawasan Kalimantan Barat malah ketika musimnya, harga sebiji telur penyu turun serendah 20 sen sebiji," katanya ketika ditemui. Bagaimanapun peniaga Indonesia yang membawa telur penyu perlu membayar 'wang pelincir' kepada pihak tertentu di kawasan sempadan menyebabkan harganya terpaksa dinaikkan sehingga RM1 sebiji.

Ditanya mengenai cara mengelak pemeriksaan pihak berkuasa, Masripoh berkata, sebagai peniaga kecil-kecilan dia hanya menggunakan 'ojek' atau teksi motosikal untuk ke Kampung Serikin tanpa gangguan pihak berkuasa.

"Berniaga telur penyu sebenarnya tidak begitu menguntungkan kerana perlu membayar banyak wang pelincir menyebabkan kami hanya untung antara 20 sen hingga 30 sen sebiji. Difahamkan, akibat mengetahui telur penyu adalah bahan larangan, ada pihak tertentu mengenakan 'cukai' lebih tinggi kepada peniaga makanan itu dengan 'cukai' lebih rendah dikenakan kepada kain dan alat permainan.

Sebelum ini, Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh mendedahkan, Bau sebagai kawasan pengedaran haiwan terlindung membabitkan jualan daging babi hutan dan labi-labi.

Jika pengunjung berkunjung ketika cuti sekolah atau cuti umum, harganya boleh mencecah antara RM1 hingga RM1.50 berikutan permintaan meningkat atau bekalannya terhad.

Bagaimanapun bukan semua pengunjung boleh membeli telur penyu berkenaan kerana ia tidak dijual secara terbuka dengan hanya beberapa peniaga tertentu saja berani menjualnya berikutan ia dilindungi undang-undang perlindungan hidupan liar.

Namun bagi pengunjung yang rajin bertanya, peniaga berkenaan tidak akan teragak-agak membawa mereka ke bahagian belakang gerai tertentu tempat telur penyu berkenaan disorok di dalam stok jualan.

Sarawak: 1,395 murid Penan tiada dokumen diri

Kerajaan berusaha bantu tingkatkan pendidikan, dokumen untuk kemudahan penduduk

Seramai 1,395 murid dan pelajar Penan yang berada di bangku sekolah rendah dan menengah di Sarawak ketika ini, tidak memiliki dokumen pengenalan diri baik sijil kelahiran bagi yang berada di sekolah rendah, mahukan kad pengenalan bagi yang berada di sekolah menengah. Daripada jumlah itu, 1,128 anak Penan terbabit bersekolah di Daerah Baram di Miri, manakala baki 267 lagi di Daerah Belaga.

Sumber Pejabat Residen Miri mengesahkan di Baram saja 640 murid Penan termasuk 329 murid perempuan yang berada di sekolah rendah, selain 488 pelajar Penan yang berada di sekolah menengah termasuk 257 pelajar perempuan tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Sumber Pejabat Daerah Belaga mengesahkan 181 murid Penan yang belajar di sekolah rendah termasuk 86 murid perempuan, selain 86 pelajar Penan termasuk 39 perempuan yang belajar di sekolah menengah, tidak memiliki dokumen berkenaan. Kanak-kanak Penan terbabit masih boleh mendaftar untuk bersekolah tanpa sebarang dokumen kerana sistem sebelum ini tidak mewajibkan mereka mengemukakan dokumen, sebaliknya hanya perlu mendaftar sebagai anak Penan.

20090818

Gelombang ke-2 H1N1 Oktober

Musim tengkujuh dijangka percepat wabak

Malaysia mungkin menghadapi gelombang kedua virus Influenza A (H1N1) pada Oktober, November dan Disember ini kerana musim tengkujuh dijangka mempercepatkan penularan wabak itu. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengarahkan kumpulan pakar kesihatan kementerian melakukan pemantauan rapi dari semasa ke semasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya bimbang virus berkenaan akan merebak dengan serius pada musim tengkujuh kerana hujan berterusan memudahkan orang ramai, terutama kanak-kanak mendapat selesema.

"Kita khuatir komplikasi (selesema) itu kemudian akan bercampur dengan virus H1N1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beberapa hari lalu juga sudah mengingatkan semua negara supaya mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi gelombang Liow berkata, ketika ini Malaysia berada di tahap kecemasan kesihatan kerana angka kematian akibat H1N1 masih di bawah 0.1 peratus.

"Sekiranya kadar kematian disebabkan H1N1 melebihi 0.4 peratus, kementerian dengan segera akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengisytiharkan darurat kesihatan," katanya.

Beliau menjelaskan mengikut panduan WHO, peratusan kematian H1N1 dikira berdasarkan jumlah kes jangkitan dan didarab 20 serta dibahagi jumlah kematian. Berdasarkan angka korban 64 orang dan 4,425 kes jangkitan sehingga semalam, bermakna peratusan kematian H1N1 di Malaysia kini hanya sekitar 0.007 peratus.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan semalam, 284 pesakit lagi sedang menerima rawatan di hospital manakala 33 pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Liow berkata, beliau sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam berhubung status darurat kesihatan.

"Kerajaan mendapati negara belum di tahap untuk diumumkan darurat kesihatan kerana kadar kematian disebabkan virus H1N1 masih di bawah 0.1 peratus.

"Selain daripada jumlah kematian, kementerian juga perlu mengambil kira perkara lain seperti nasihat pakar kesihatan yang sedang memantau situasi virus ini daripada semasa ke semasa," katanya.

Liow berkata, hanya MKN mempunyai kuasa untuk mengumumkan sama ada negara perlu diisytiharkan darurat kesihatan atau tidak.

Katanya, kementerian juga sudah mengarahkan semua hospital kerajaan dan swasta memberikan ubat antiviral kepada mereka yang didapati menghidap demam secara berterusan selama dua hari.

"Ubat yang sama juga perlu diberikan kepada mereka yang mengalami simptom influenza-like illness (ILI). Doktor perlu bertindak segera bagi membendung virus berkenaan," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat supaya tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya negara sudah mengumumkan darurat kesihatan. Dalam perkembangan lain, Liow berkata, hospital kerajaan masih kekurangan doktor, iaitu hanya 13,902 daripada 24,236 jawatan yang ditawarkan dipenuhi sehingga 31 Jun lalu,

"Bagi doktor gigi pula kita tawarkan 2,549 jawatan, tetapi hanya 1,441 dipenuhi manakala ahli farmasi, jumlah jawatan yang ditawarkan ialah 4,030 dan diisi cuma 2,986. Bagi jawatan jururawat kanan sejumlah 44,897 jawatan ditawarkan dan hanya 39,263 dipenuhi," katanya. kedua H1N1.

"Kita memantau keadaan H1N1 secara serius. Jika kita kesan berlaku gelombang kedua, kementerian akan membuat pengumuman awal supaya rakyat dapat mengambil langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan Asia 2009 di sini, semalam.

CARA BARU ALONG CARI PELANGGAN???

Risalah yang diagih dengan menampal di kereta awam

20090814

Sarawak: Harga telur pula naik mendadak

Belumpun selesai masalah kekurangan bekalan gula, penduduk di negeri ini mengadu menghadapi masalah kenaikan harga telur ayam, ketika sambutan Ramadan semakin hampir. Seorang pengusaha kedai runcit di Samariang Baru dekat sini, Fabian Laberi, 35, berkata harga telur ayam naik sebanyak RM1.80 (bagi pembungkusan 30 biji), sejak sebulan lalu.

"Telur sudah naik tiga kali dalam bulan ini, dengan setiap kali menyaksikan kenaikan sebanyak 60 sen (untuk pembungkusan standard 30 biji). Kami difahamkan harga telur akan naik lagi pada minggu depan," katanya yang ditemui di kedai runcit Segar Hijau di sini, semalam.

Beliau yang mengusahakan dua kedai runcit di Semariang Baru dan Sejingkat berkata, harga telur Gred A kini naik kepada RM10.20 (30 biji), Gred B RM9.50 (30 biji) dan Gred C RM9.20 (30 biji). Pada masa sama kata beliau, masalah kekurangan bekalan gula masih berlarutan dengan dua kedai runcitnya sudah kehabisan stok sejak lebih seminggu yang lalu.

"Pembeli menyalahkan kami peniaga dan menuduh kami menyorok gula. Kami tidak pernah berbuat demikian, malah untuk memastikan setiap pengguna mendapat bekalan, kami sanggup menetapkan kuota setiap pembeli hanya boleh membeli 2 kilogram gula, sejak bekalan gula berkurangan sebulan yang lalu. "Kami tak dapat untung banyakpun dengan kami membeli gula dari pembekal dengan harga RM1.55 sekilogram dan menjualnya dengan harga RM1.60 sekilogram, cuma untung 5 sen setiap kilo," katanya.

Fabian berkata, pihak pembekal memaklumkan bahawa kapal membawa gula hanya akan datang paling awal pada 20 Ogos ini iaitu dua hari menjelang puasa. Ini katanya, sekali gus bermakna pihaknya perlu menunggu lama lagi sehingga memaksa beliau mendapatkan bekalan gula paket atau lebih dikenali sebagai 'gula hotel' buat sementara waktu, yang dijual dengan harga RM1 sebungkus.


Lebih parah kedai runcit beliau juga menjadi pembekal kepada sebuah hotel di sini yang memerlukan bekalan 100 kilogram setiap minggu, namun keadaan sekarang menyebabkan mereka benar-benar tertekan. Peniaga, Voon Jin Fui, 35, kesal kerana masalah ini berlaku setiap kali menjelang perayaan terutama ketika bekalan gula dan telur amat diperlukan untuk umat Islam menyambut puasa dan menyambut Aidilfitri.

"Pihak berkuasa khususnya kementerian berkenaan perlu memantau rapi perkara ini bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menjelang perayaan," katanya.

Seorang pembeli, Lorina anak Lawrence, 18, berkata beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula kerana kesemua kedai runcit di kawasan Samariang Baru terputus bekalan sejak seminggu lalu dan masalah sama juga dihadapi di kedai lain sekitar Kuching.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Mohd Khalis Kasim, berkata masalah bekalan gula akan diatasi sebaik kapal membawa gula sampai pada hujung minggu ini.

"Kita akui masalah kekurangan bekalan gula berlaku sekarang bukan saja di Kuching malah lebih buruk di kawasan seperti Limbang, Lawas dan Bintulu. Semuanya ada kaitan dengan aktiviti penyeludupan keluar gula dari negeri ini ke negara jiran," katanya sambil menambah langkah penguatkuasaan lebih tegas akan diambil untuk menangani masalah itu.

Mengenai harga telur, beliau berkata, KPDNKK akan bermesyuarat hari ini (Jumaat) untuk menentukan tindakan seterusnya yang akan diambil bagi menangani masalah itu dan jika perlu kementerian akan mengimport sebanyak mungkin telur untuk menstabilkan semula harga.

"Masalah sekarang ialah pembekal menaikkan harga telur kerana mendakwa harga makanan ayam naik dan keuntungan mereka semakin sedikit. Jika pembekal tempatan masih berdegil mahu menaikkan harga telur, kami akan mengambil tindakan termasuk membuka pasaran kepada pembekal luar iaitu mengimport telur ayam dari luar.

"Secara tidak langsung langkah mengimport telur dari luar ini akan menstabilkan semula harga telur," katanya kepada Berita Harian.

20090813

A (H1N1) claims six more lives

Two babies and a pregnant woman are among six new cases of influenza A (H1N1) deaths.
The six are a 10-month-old baby girl, a one-year-old baby boy, a pregnant 18-year-old woman, a 24-year-old man and two other men in their 60s.

The baby girl died from severe broncho-pneumonia while the baby boy died because of heart complications and pneumonia.

The boy had undergone heart surgery at a private hospital in Kuala Lumpur before being referred to the government hospital for further treatment.

The pregnant woman died from severe pneumonia, while the 24-year-old man died from pneumonia and septicemia. The 60-year-old man who died had diabetes, hypertension and heart problems and was admitted because of fever and cough.

The sixth victim was a cancer-striken 62-year-old man, who was also a diabetic. He died from severe pneumonia.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, who released the details at a press conference here yesterday, said that some 76 patients were being treated in isolation wards while another 21 were in the intensive care unit.

On another matter, Liow said schools should not close unless a high number of their teachers and students were absent because of A (H1N1) infection.

He said headmasters would determine whether the schools could function or not, after following advice from the state health directors and informing state education directors.
He also urged producers, suppliers and traders of mask and hand sanitisers to be responsible and not simply increase prices.

Meanwhile, Suhakam urged the Govern-ment to take definite steps to increase public awareness about the pandemic.

The commission, in a statement yesterday, expressed concern over the worsening situation, especially the state of preparation of public health defence.

In Johor Baru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) graduates attending the university’s 43rd convocation this weekend have been told to fill up a health declaration form stating that they are free from influenza A (H1N1) virus.

In Kuantan, the Regent of Pahang’s consort Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, who has contracted the virus along with their five children, said she had received various SMSes of support.

The Star 13/08/09

20090812

Belum tahap 'darurat kesihatan'

11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut dan meninjau proses pemeriksaan ke atas pesakit luar dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan kes H1N1 di Hospital Serdang di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican.

Beliau berkata, bagaimanapun terdapat majlis-majlis penting kerajaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 negara yang tidak boleh dibatalkan, namun pihak penganjur perlu mengambil langkah pencegahan termasuk membekalkan penutup mulut dan hidung kepada pengunjung.

Dalam pada itu Tiong Lai berkata, esok, beliau akan mengumumkan garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran penularan wabak H1N1.

''Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi semua garis panduan, perlu ada yang baru kerana terdapat sekolah-sekolah yang mengambil langkah berbeza-beza.

''Jadi kita hendak tetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang seragam dan esok jawatankuasa teknikal kementerian akan bermesyuarat untuk memperincikan garis panduan itu,'' katanya.

Renminbi ganti dolar AS?

11 Ogos - Adakah mata wang China, Renminbi akan menjadi mata wang dunia menggantikan dolar AS tidak lama lagi?

Itulah persoalan yang bermain ketika ini berikutan China muncul antara kuasa ekonomi baru dan meninggalkan Amerika Syarikat yang masih bergelut untuk memulihkan ekonomi sendiri.

Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup Inc., Charles Prince berkata, adalah tidak mustahil untuk mata wang China itu menjadi mata wang global jika negara tersebut meneruskan penguasaannya dalam ekonomi dunia.

"Saya yakin Renminbi boleh mengganti dolar AS jika ekonomi negara itu meneruskan penguasaannya dan nilai dolar menjadi lemah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi speaker pada Simposium Pasaran-pasaran Modal Dunia di sini hari ini.

Menurut Prince, China telah belajar dari krisis kewangan Asia 10 tahun lalu dan kebangkitannya ketika itu amat menakjubkan.

Malah katanya, China bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan pulih dari krisis ekonomi global berikutan langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut amat memberangsangkan.

Selain itu, beberapa dana asing dilihat sudah mula memasuki China bagi tujuan pelaburan selepas negara itu mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada awal tahun ini.
"Jangkaan ekonomi China berkembang sebanyak 6.5 peratus dan kami yakin dengan sasaran itu berikutan beberapa kajian dan penyelidikan telah dibuat di samping keupayaan pasaran saham negara itu yang semakin baik," katanya.

Prince menambah, beberapa sektor pelaburan berasaskan kediaman, ekologi, luar bandar dan infrastruktur, penjagaan kesihatan, kereta api dan jalan serta inovasi dilihat sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

20090810

Dangerous threat to passer by



Jalan Bukit Lima- Lanang Road Bypass

Notice the pipes' fence
The bending trees

What have the authority done to keep tje public or road's user safe from the emerging dangers? here are photos taken to date where seen are the leaning rubber trees will hit the road at any time. Another that pose a danger is the paper pipe's fence that protect and indicate the existing bridge or drain was detached by heavy long trailers that use to park nearby when transporting vechicles to nearby workshop/store nearby. Poor lighting add more danger at nightfall. This has been dragging on with being notices by the relevant authority and maybe when accident happen one day...only then they react.
What fancy road is access to the secondary school, public park, government quarters, publice swimming pools.... which proves there are always busy at all time with users.




20090807

Sarawak hadapi krisis air

6 Ogos 2009- Sarawak dijangka berhadapan dengan krisis bekalan air sekiranya hujan terus tidak turun di negeri ini selepas kali terakhir direkodkan berlaku dua minggu lepas.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berkata, situasi itu menimbulkan kebimbangan selepas beberapa paras sungai utama dan empangan di beberapa bahagian di negeri ini mula menunjukkan penurunan yang ketara.

Katanya, Lembaga Air Kuching (LAK) telah menyuarakan kebimbangan mereka selepas paras air Sungai Sarawak Kiri semakin merosot dengan begitu mendadak.

Beliau berkata, daerah kecil Simunjan dekat Samarahan juga telah mengalami catuan bekalan air bermula malam tadi manakala bahagian Sarikei juga akan berhadapan dengan situasi sama bermula esok.

''Sehubungan itu, kita meminta rakyat negeri ini supaya lebih berjimat cermat dalam penggunaan air seharian kerana sistem catuan air boleh dilaksanakan sekiranya keadaan semakin serius," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bekalan air bagi penduduk Sarikei hanya akan bertahan dalam tempoh dua minggu sekiranya hujan tidak turun manakala di Kuching ia berkemungkinan tahan lebih lama.

Hong Nam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Sarawak bagaimanapun memberi jaminan, masalah kekurangan air itu akan diatasi dengan operasi pembenihan awan dan bekalan air menggunakan lori tangki kepada penduduk yang terjejas.

Katanya, operasi pembenihan awan itu akan dilakukan pada Isnin depan dengan menggunakan kaedah baru iaitu 'flares' yang terbukti berkesan dari kaedah sebelum ini.

''Kehadiran angin 'morakot' pada tempoh yang sama dijangka akan membantu operasi pembenihan awan," katanya.

20090806

Polis: Ah long ubah taktik edar kad

SIBU 5 Ogos - Peminjam wang atau ah long di bandar ini kini menukar taktik untuk menarik golongan peminjam dengan mengedarkan kad yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, taktik itu kini digunakan selepas pihak berkuasa tempatan bertindak menanggalkan poster dan pelekat iklan di dinding bangunan dan tiang lampu.

Sejak operasi menanggalkan iklan dilakukan, iklan-iklan ah long di tempat-tempat awam sudah mula berkurangan.

"Namun, polis mengesan ah long kini menggunakan taktik baru iaitu mengedar kad pelbagai jenis perkhidmatan kepada orang ramai bagi mengabui aktiviti yang dijalankan mereka," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis telah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi ah long menggunakan nombor telefon yang tertera pada kad berkenaan.

Katanya, polis turut memberi amaran agar kegiatan memberi pinjaman wang tidak berlesen itu dihentikan segera.

Pada masa yang sama, tambah beliau, polis juga masih menyiasat mengenai kemungkinan ah long di bandar ini mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.

"Kita memandang serius perkara ini dengan meneliti daripada pelbagai sudut agar kegiatan ah long dapat dilumpuhkan serta merta," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ah long.

"Jika tiada aduan tentang aktiviti ah long, kita tidak dapat mengambil sebarang tindakan.

"Apa yang kita bimbang ialah semakin ramai yang akan mendapatkan pinjaman daripada ah long dan seterusnya terperangkap dalam hutang," katanya.

H1N1: Jangan panik tetapi jaga kebersihan diri

Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan empat kematian terbaru yang dilaporkan hari ini akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang penting, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

Katanya, pada masa yang sama apa yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu ketika ini yang memungkinkan penularan wabak tersebut.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Beliau yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini sejak semalam berkata, tiga kematian yang dilaporkan di Melaka turut disebabkan komplikasi lain termasuk asma, masalah paru-paru dan buah pinggang.

Katanya, mereka yang demam selesema diminta mendapatkan rawatan segera dan jangan mengambil mudah seperti sebelum ini dengan tanggapan bahawa penyakit itu boleh disembuhkan dalam tempoh yang singkat.

"Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingkan diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak," katanya.

Tiong Lai sekali lagi menyenaraikan golongan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung, obesiti, asma, diabetis, imuniti rendah, sakit jantung dan kanak-kanak yang mengalami gejala saluran pernafasan.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk doktor memberi perhatian terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menghadapi pandemik ini termasuk garis panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Katanya, langkah-langkah yang akan diambil kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran besar-besaran melalui media, mengarahkan semua doktor meningkatkan tahap kecurigaan terhadap pesakit dan menyediakan antivirus.

Beliau berkata, penutupan sekolah, institusi pengajian dan latihan sebelum ini juga merupakan langkah kawalan serta merta yang diambil bagi mengawal penularan wabak.

Mengenai pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Brunei, Pehin Suyoi Othman, Tiong Lai berkata, beliau turut bertukar-tukar pendapat mengenai usaha menangani wabak itu supaya penularan dalam komuniti dapat dikurangkan.

Katanya, Kerajaan Brunei telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar yang melibatkan orang ramai.

Sementara itu, di luar Istana Nurul Iman, wartawan dan mereka yang masuk ke kawasan berkenaan akan diperiksa tahap suhu badan dan dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.

Di dalam kawasan istana, kebanyakan petugas juga menggunakan penutup tersebut.

- Utusan

20090805

"Haze" comes to Sibu agian ....................


The thick haze at night

The Burning along the road




The haze at early morning
Here comes the "Haze" invasion again!! It was understood that there were few bush fires due to negligence of farm's burning that caused uncontrollable spreads to other nearby dried areas. The dry season that start earlier without rain for a couple of weeks caused threat to severe loss of properties and even lives.







20090804

Sibu : 4 Ogos 2009 - Parti Pakatan Rakyat menyerah memorandum bantahan kepada MACC Sibu












Pakatan Rakyat diketuai oleh wakil rakyat DUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng hari ini menyerah memorandum bantahan berbentuk kain rentang bertulis " Keadilan untuk Beng Hock, jawapan untuk Rakyat!" atau 'Justice For Beng Hock. Answers For Rakyat!' kepada pejabat MACC cawangan Sibu.

Memorandum tersebut mendesak pihak berkuasa menjalankan penyiasatan penuh keatas kematian tragic Setiausaha Politik kepada kerajaan negeri Selangor yang mengejutkan negara.